Syak orang dalam sebar berita palsu
Sumber : Sinar Harian. SHAH ALAM - Pengerusi Pakatan Anak
Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb), Mazli Saring percaya berita palsu
yang disebarkan mengenai peletakan jawatan Menteri Besar Selangor dilakukan
oleh ahli PKR sendiri.
“Saya yakin yang membuat kenyataan ini adalah daripada PKR. Saya bukan menuduh
tetapi melihat kepada krisis yang berlaku; tidak mustahil daripada PKR.
“Sejak pemilihan PKR pelbagai fitnah dibuat bukan sahaja yang dilaporkan
media,” ketika ditemui selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) Shah Alam, semalam.
Beliau membuat laporan polis kerana bimbang fitnah yang dibuat seolah-olah cuba
melaga-lagakan institusi diraja dan pentadbiran kerajaan Selangor.
“Menteri besar dilantik dan mendapat perkenan sultan. Kalau nak tukar menteri
besar pun tunggulah habis penggal, jangan sekarang, sekerat jalan dah nak
tukar.
“Rakyat sekarang merasai apa yang lebih baik daripada pemerintahan BN
terdahulu. Saya selaku anak Selangor menyeru pihak terbabit berhenti
menyebarkan berita tidak betul ini demi keharmonian bersama,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan