Ahad, 30 September 2012

Bajet 2013: Pengajian Percuma atau pemberian RM250?





Mana satu pilihan belia?  Pakatan Rakyat  berjanji mahu menghapuskan PTPTN dengan memberi pelajaran percuma di Universiti, yang bernilai purata RM20,000   manakala kerajaan BN dalam bajet 2013 kelmarin  nak beri bantuan “one off” berjumlah RM 250 kepada anak bujang berpendapatan kurang RM2000.  Antara  keduanya, yang mana satu menjadi  pilihan belia dan orang bujang?
 
Kalau terpaksa memilih satu antara dua,  sudah tentu mereka memilih tawaran yang terbaik iaitu pelajaran percuma di Universiti, kerana nilai RM250 yang kerajaan nak beri kepada anak bujang berpendapatan bawah RM2000 bukanlah sebanyak mana pun.  Ia boleh licin dalam masa dua tiga hari saja.  
Dan yang paling utama pemberian itu dilihat sangat tidak ikhlas. Buktinya, kenapa setelah 55 tahun merdeka dan dekat nak pilihanraya baru kerajaan BN nak beri?   Jika dinilai dengan teliti sudah tentulah janji kerajaan Pakatan Rakyat jauh lebih ikhlas !   nilainya sangat besar dan berbaloi  berbanding pemberian kerajaan BN.  Justeru sebagai anak muda yang panjang akal  buatlah pilihan yang terbaik !  Nak sokong BN atau PR!  Tepuk dada tanya selera !!  

Oleh : rahimothman

Sabtu, 29 September 2012

Najib tunjuk lagak di depan kemera !

Anwar cabar berdebat dia takut,,  dengan siapa dia berani,  wallahhu’alam!  

Amboi, amboi !  di parlimen semalam bukan main hebat lagi PM Najib menunjukkan belang dan lagaknya. Di hina dan diperlekehnya ketua pembangkang (DS Anwar) sepuas-puasnya termasuk belanjawan 2013 yang disediakan pembangkang.  

Sebelum ini dah berbuih mulut Anwar mengajak Najib berdebat soal kepentingan Negara. Najib menikus! Semalam DS Anwar cabar lagi beliau berdebat soal bajet 2013, haram Najib tak peduli, sebaliknya meneruskan lagak bodoh sombongnya !  Agaknya hanya itulah tahap keberanian yang Najib ada,, bercakap sorang-sorang di depan kemera atau media.                                                                                                                                                                   Wahai DS Najib!   Ketahuilah bahawa sesungguhnya rakat Malaysia amat malu mempunyai seorang perdana menteri yang penakut. Dalam perjuangan biarlah kita bersilat di atas pentas yang sama,  bukan seperti yang Dato’ Seri buat sekarang!  Lagi satu,, pasangan biarlah sepadan, pipit lawannya pipit,  helang lawannya helang!  Memang dah selayaknya ketua pemerintah (PM)  berlawan debat dengan ketua pembangkang.  Janganlah tunggu DS Wan Azizah jadi ketua pembangkang baru nak sambut cabaran!  Malu !!

Akhir sekali kalau DS Najib anggap  Anwar terlalu besar dan perkasa untuk dijadikan lawan debatnya,  apa kata kalau penulis cadangkan Rafizi Ramli atau Mad Sabu saja yang cabar PM  berdebat.  Beranikah Najib?  Jangan-jangan teloq kecut habis!!  

Oleh : rahimothman

Jumaat, 28 September 2012

PRU 13 : Pakatan Rakyat menang atasi BN 4-2


Sebaik mana pun belanjawan 2013 kerajaan BN yang dibentangkan Najib pada hari 28 Sept. Jumaat ini  Pakatan Rakyat tetap akan menang dengan 2-1,  kerana berdasarkan maklumat awal, Pakatan Rakyat juga ada belanjawan 2013 mereka sendiri yang sudah pasti jauh lebih baik dari belanjawan BN.                                                                            

Bercakap pasal dasar kerajaan dan manifesto pilihanraya pula,  BN begitu takut untuk membuat perubahan secara drastik, sedangkan Pakatan Rakyat awal-awal lagi sudah memukul canang andainya PR dapat mengambilalih Putrajaya,  mereka berikrar mahu membentuk sebuah kerajaan yang adil dan telus, menghapuskan rasuah, penyelewengan,pembaziran dan ketirisan.  Pakatan Rakyat juga sudah berjanji untuk menghapuskan tol, PTPTN,  menurunkan harga minyak dan menaikkan gaji minima pekerja awam.  Disini sekali lagi PR telah mendahukui 2-1. Keputusan keseluruhan menjadikan PR boleh menang dalam PRU 13 nanti dengan agregate 4-2.  Sama-samalah kita nantikan keputusannnya!                       

Oleh : rahimothman