Khamis, 13 September 2012

Inikah wajah samseng taik minyak Umno?


Seperti yang diketahui umum,  beberapa hari lalu  sekumpulan samseng tajaan UMNO- anggaran 30 orang  telah mengganggu, menghalang dan melemparkan cat ke atas cermin bas Pakatan Rakyat yang dinaiki  DS Anwar bersama rombongannya.

Bas rombongan Pakatan Rakyat ini  adalah dalam program Jelajah Merdeka ke negeri Melaka. Entah kenapa Umno sakit hati sangat dengan program Pakatan Rakyat ini!, lalu pemuda-pemuda tak cukup akal diperalatkan.

Perbuatan pemuda-pemuda ini sememangnya jahat dan bodoh. Mereka tak fikir dalam dunia hari ini kamera canggih  bersepah disana sini dan siapa saja mampu memilikinya. Sekarang, apa macam? Gambar sudah dirakam, muka sudah terpampang,, terutama wajah si pembaling cat.  Polis juga sudah membuat kawat cam.  Confirm pemuda terbabit adalah orang yang dicari,,  anak buah Ali Rustam rupanya ! (lihat gambar)  Ha, ha!,, bersedialah kamu untuk didakwa dan dihukum!!!

Agaknya pemuda-pemuda yang berlagak samseng ini adalah dari keturunan Sharif Dol Samseng Kampong Dusun dalam filem P.Ramlee yang cukup popular itu. Kalau waktu siang hari dan di khalayak ramai pun mereka berani serang dan baling cat, apatah lagi dalam senyap, tanpa dilihat orang!. Sudah tentu bas itu akan diketuk-ketuk macam besi buruk atau paling mudah simbah petrol dan bakar !,  ini bukan mustahil!! .

Lepas satu,  satu, perbuatan khianat menimpa  Pakatan Rakyat !  Kalau ditanya,  kenapa perbuatan samseng upahan Umno begitu menjadi-jadi?  Jawabnya mudah!,, Bukahkah Najib dalam perhimpunan sejuta belia di Putrajaya tak berapa lama dulu pernah berkata,,  “kita akan lakukan apa saja demi pertahankan Putrajaya, walaupun berkecai badan dengan nyawa”  Kata-kata ini seolah-olah satu jaminan dari Najib,,, buatlah apapun!  asalkan kita dapat halang niat PR ke Putrajaya.

Apakah hukuman yg patut dikenakan ke atas  makhluk pengkhianat @ perosak ini?  
Apa kata setelah mereka ini disabitkan kesalahan,  mereka di korentin dipusat pemulihan untuk jangka masa tertentu. Disitu mereka  didenda dengan melakukan khidmat masyarakat, bimbingan agama dan  ditarbiah secukupnya.  Mudah-mudahan selepas dibebaskan mereka akan jadi manusia,  bukan setan bertopengkan manusia!!  

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan