Jumaat, 28 September 2012

PRU 13 : Pakatan Rakyat menang atasi BN 4-2


Sebaik mana pun belanjawan 2013 kerajaan BN yang dibentangkan Najib pada hari 28 Sept. Jumaat ini  Pakatan Rakyat tetap akan menang dengan 2-1,  kerana berdasarkan maklumat awal, Pakatan Rakyat juga ada belanjawan 2013 mereka sendiri yang sudah pasti jauh lebih baik dari belanjawan BN.                                                                            

Bercakap pasal dasar kerajaan dan manifesto pilihanraya pula,  BN begitu takut untuk membuat perubahan secara drastik, sedangkan Pakatan Rakyat awal-awal lagi sudah memukul canang andainya PR dapat mengambilalih Putrajaya,  mereka berikrar mahu membentuk sebuah kerajaan yang adil dan telus, menghapuskan rasuah, penyelewengan,pembaziran dan ketirisan.  Pakatan Rakyat juga sudah berjanji untuk menghapuskan tol, PTPTN,  menurunkan harga minyak dan menaikkan gaji minima pekerja awam.  Disini sekali lagi PR telah mendahukui 2-1. Keputusan keseluruhan menjadikan PR boleh menang dalam PRU 13 nanti dengan agregate 4-2.  Sama-samalah kita nantikan keputusannnya!                       

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan