Ahad, 9 September 2012

Mahathir yang tak senang duduk !!


Tun Dr Mahathir Mohamad,  memberi amaran kepada rakyat di negara ini agar tidak memilih Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU 13 nanti kerana  mereka tidak akan berupaya untuk berubah kepada Barisan Nasional (BN) semula apabila PR telah memerintah.
"Sekali mereka berkuasa, mereka akan buat untuk rakyat tidak boleh bertukar lagi kepada BN,"
 
kata Dr Mahathir ketika program sepetang bersama beliau di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya anjuran Kelab Pesara Kerajaan Lembah Pantai di sini kelmarin.

Kesimpulan dari kenyataan Mahathir  : 
1.  Dia begitu yakin Pakatan Rakyat akan menang besar dalam PRU ke-13 kerana pemimpinnya bersih.
2.  Dia yakin BN akan kalah teruk, kerana pemimpinnya kotor dan rasuah!
3.  Dia juga yakin PR akan mengekalkan kuasa,,  dalam masa yang sama dia cuba menakut-nakutkan rakyat, kononnya kalau PR dapat memerintah, sampai bila-bila pun BN takkan dapat merampasnya kembali. Hei,  Madey, kalau BN dah mampuss/ berkubur macam mana nak rampas kembali  dari PR!!!
4.  Lagi sekali Mahathir nak menipu rakyat,,  kononnya PR akan buat apa saja demi mengekalkan kuasa. Maksud dia PR akan buat sepertimana BN pernah buat dulu ,, control SPR,  peralat agensi2 kerajaan , tipu senarai daftar pemilih, beri rasuah politik dan sebagainya.  .

Wahai Tun yang sedang lemas dan rimas!  Kami tahu Tun sedang kepanasan dan tak senang duduk. Tun ingat pemimpin Pakatan Rakyat bodoh sombong macam pemimpin Umno ke?  Sedarlah Tun!,, BN jatuh adalah disebabkan berjalan di atas lambakan najis,, takkanlah Pakatan Rakyat nak mengikut atau melalui jalan yang sama!!   Dah sah BN berjalan menuju lubuk puaka, apa jadahnya PR nak ikut?  Tun juga yang pernah berkata bahawa pemimpin Umno yang ada hari ini bodoh-bodoh, yang cerdik dah masuk parti lawan. Maknanya Tun dah mengaku bahawa pemimpin PR adalah cerdik-cerdik belaka.  

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan