Selasa, 11 September 2012

Antara batu, keris, C4, pistol, mana satu pelindung Najib


 Apakah pegawai keselamatan Najib hanya menggunakan batu atau keris telanjang untuk mempertahankan Najib? Atau pengganggu akan dihadiahkan bom C4?
Satu insiden di Melaka baru-baru ini, di mana  pegawai keselamatan DS Anwar telah mengeluarkan pistolnya apabila perjalanan Anwar dan rombongan telah diganggu oleh samseng jalanan yang mungkin dari kerabat parti cap keris !  Ekoran peristiwa itu maka melalaklah puak-puak dari parti Melayu jumud itu dengan membuat hebuh dan kecuh  serta membuat laporan polis!  Dicanang lah satu dunia seolah-olah pegawai tersebut telah membuat satu jenayah besar!  walhal perkara itu bukanlah satu isu. Yang patut jadi isu ialah kedegilan dan sikap kurang ajar samseng berlesen itu !! 

Kepada pemimpin Umno, pengikut, dan penyokong-penyokong yang berhati bebal!  Tindakan kalian membuat laporan polis, merupakan satu tindakan bodoh, buang masa dan bersifat mengampu!!  Dalam isu ini, janganlah membangangkan diri dan membangangkan orang lain!  Sebagai seorang Perdana Menteri, sudah pasti Najib juga ada pengawal keselamatannya.  Pegawai itu sudah tentu bertauliah dan bersenjata, sama seperti pegawai keselamatan Anwar juga.  Jangan buat-buat bodoh,, pegawai tersebut juga akan buat perkara yang sama jika keselamatan Najib tercabar atau terancam !  

Tak tahulah,  kalau pewagai keselamatan Najib hanya menggunakan batu-batu ditepi jalan untuk melindungi atau menyerang balas pihak yang mengancam  keselamatan Najib!   Atau mungkin juga dia guna bom C4 yang merupakan senjata paling ganas!!  Tetapi yang tidak mustahil ialah dia menggunakan keris telanjang kebanggan Umno!  kerana senjata ini dianggap kurang bahaya jika diacukan kepada musuh, berbanding pistol !!

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan