Mengkagumkan !! Dianggarkan lebih 20,000 orang hadir ceramah
Ustaz Azhar Idrus di Taman Chandan Puteri, Kuala Kangsar berhampiran Kolej
Islam Darul Ridzuan kelmarin. Kehadiran begitu ramai peminat-peminat UAI
(Us.Azhar Idrus) terutama gulungan muda ini, menggambarkan betapa kuatnya aura
pendakwah bebas ini. Populariti UAI dikalangan anak muda dan keberanian beliau
menyatakan pendirian – menyokong parti
yang memperjuangkan Islam sudah tentu tidak disenangi oleh Umno!
Tahniah kepada Ustaz Azhar Idrus !!.
Anda lah satu-satunya pendakwah yang bijak lagi kreatif. Dengan cara bersahaja
dan berjenaka anda berjaya memikat hati ramai orang terutama gulungan muda
untuk hadir kemajlis ilmu yang amat bermanafaat. Dalam gurauan dan sindiran
anda berjaya menegur dan membimbing. Siapa makan cili, akan terasa pedasnya,
namun kepedasan itu banyak membawa kebaikan dan manafaat.
Berbalik kepada fenomena Ustaz Azhar
Idrus, Sebelum ini penulis ada mendengar satu ceramah dalam you tube oleh
seoreang ustaz. Penulis tertanya-tanya dan merasa sedikit terkilan kerana ustaz
tersebut memberi komen negatif terhadap
seorang penceramah@pendakwah yang berdakwah sambil berjenaka. Walaupun beliau
tak sebut nama sudah tentu yang beliau maksudkan ialah UAI. Dengan kata lain
beliau mempertikai atau memperlekeh cara UAI. Menurutnya cara UAI bergurau dan
berjenaka dalam dakwahnya tidak wajar. Alasannya begitu,, begini, bla,
bla, bla. Penulis tersentak mendengar komennya, namun dengan rasa sabar
terus mendengar ceramahnya sampai habis
!! Ternyata ceramah beliau sendiri amat
membosankan ! tidak menarik langsung!! Apa niat sebenar beliau memberi komen kepada
orang yang berdakwah secara berjenaka wallahhu’alam ! Hujjah atau nas yang beliau berikan pun
semacam dangkal dan tak kena je!
Oleh :
rahimothman
islam itu lembut, islam itu mesra,islam itu petunjok jadi lambailah kaum mu secara lembut serta bermesralah dengan mereka agar mereka datang dengan berlapang dada.islam itu perkhabaran yang indah,islam itu majmuk sampaikanlah perkhabaran yang indah kepada kaum yang majmuk agar mereka dapat menikmati keindahan islam dengan hati yang redha.sampaikanlah keluhuran islam walaupun dengan satu perkataan dari beribu ayat iaitu KEBENARAN.
BalasPadam