Jumaat, 7 September 2012

Polis nak perbodohkan Saterawan Negara


Soalan polis tiada kena mengena dengan puisi Pak Samad.
 
Semalam Pak Samad dipanggil ke Balai Polis Dang Wangi untuk disoal siasat berhubung dengan pembacaan puisi bertajuk “Janji Demokrasi”  pada sambutan malam merdeka tempoh hari. Menurut Pak Samad, soalan-soalan yang ditanya oleh pihak polis jauh menyimpang !  tiada kaitan langsung dengan puisinya.

Akhirnya Pak Samad tidak menjawab langsung soalan-soalan bodoh pihak polis, buang masa je !  Lagi pun Pak Samad tidak terlibat dengan pihak penganjuran himpunan “Janji Demokrasi”.kecuali menghadirkan diri untuk bacaan puisi. Dipanggil Pak Samad konon kerana puisinya,,tetapi  tiba-tiba polis melencong kelain!! Tahniah Pak Samad kerana buat-buat tak dengar  kepada soalan bodoh itu!

Kah, kah, kah!  Padan muka polis,, konon nak tunjuk lagak tapi tak kena tempat. Takkan Sasterawan Negara pun kalian nak permain dan perbodohkan?  Balaci-balaci Umno yang sering buat kerja busuk terhadap Pakatan Rakyat kenapa polis tak tangkap dan siasat?  PERKASA buat kacau, ganggu majlis tazkirah di masjid, kenapa tak panggil? Besar dan power sangatkah presidennya yang bernama Ibrahim Ali al Munafik@Al Katakki itu?  

Oleh : rahimothman 

1 ulasan: