Sabtu, 8 September 2012

Yang jahat dan busuk, baik dimata Umno


Seorang dua ditangkap, ramai yang lain dibiar lepas bebas !! 
 
Kenapa pemuda berbaju merah ini (gambar) tidak disiasat atau dihukum setelah mengugut hendak membunuh TG Nik Aziz satu ketika dulu?  Bagi Umno niat jejaka ini nak membunuh bapak kafir (tuduhan Rahim Nor terhadap Nik Aziz) adalah wajar,  maka tindakannya lebih mulia dari budak berbaju hitam (gambar atas)  yang tayang punggong pada gambar Najib !!  Bagi penulis, perbuatan si baju hitam  tidak sehina mana pun, sebaliknya ia menunjukkan sikap berani dan ikhlasnya berbanding Najib. Najib seorang pengecut, hipokrit, berdolak dalik dan tidak ikhlas !!

Umi Hafilda pula dianggap oleh Umno sebagai pejuang wanita yang tak ada tolok bandingnya kerana sanggup dan berani mendustai kakak ipar dan abang kandung. Baginya maruah Umno lebih penting dari maruah keluarga sendiri. Wajar sekali wanita besi karat ini diiktiraf sebagai srikandi Umno.  Begitu juga dengan Si Sepul Buhari yang gagal menjual punggongnya kepada Anwar !!,,  Umno mengiktirafnya sebagai jejaka perkasa kerana keberaniannya bersumpah laknat di masjid Wilayah ! 

Syabbas Umi, syabbas Saiful ! Syabas pemuda berbaju merah, Datuk-datuk T, papagomo dan yang yang lain-lain. Kalian memang layak dipilih sebagai calun pilihanraya umum kali ini. Dan setelah  menang nanti Umi bolehlah menjadi menteri hal ehwal wanita menggantikan Shahrizat ( Najib) manakala Saiful sesuai sangat dilantik menteri di Jabatan Perdana Menteri menggantikan Jamil Khir.

Oleh : rahimothman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan