Tetapi masih banyak perkara buruk
yang BN belum ubah!
Banyak cadangan atau perancangan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat kini ditiru oleh BN,,ini termasuk beberapa program yang terdapat dalam dalam “Buku Jingga”
Terbaru,,
cuti umum 16 September sempena kemasukan Sabah Sarawak dalam Malaysia yang
dirai semalam, juga adalah hasil cadangan kerajaan Pakatan Rakyat yang
menguasai empat negeri di Semenanjung.
Berhubung
dengan tarikh 16 September, mahu tak mahu kerajaan BN terpaksa ikut apa yang
dah dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat,
iaitu mengisytiharkan cuti umum di seluruh Negara pada 16 September.
Kasihan rakyat Sabah dan Sarawak,, setelah 49 berada dalam Malaysia baru
sekarang kerajaan BN nak iktiraf cuti umum pada tarikh tersebut. Inilah salah
satu bukti kukuh menunjukkan kerajaan BN bersikap sambil lewa dan tidak
perihatin !
Kegiatan
memberi kerakyatan mudah kepada
pendatang warga asing di Sabah begitu berleluasa.Tak ada tanda-tanda BN mahu
mengambil langkah yang positif untuk menghapuskannya! Melewat-lewat atau sering menangguh usaha
membenteras kegiatan memberi kerakyatan
percuma ini satu lagi bukti BN tak serius dan tak ikhlas! Apakah rakyat
Malaysia khasnya rakyat Sabah masih berharap pada BN? Sedangkan pilihan yang lebih baik ada di depan
mata?
Oleh :
rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan