Isu
yang agak panas sekarang ini ialah menjadi-jadinya budaya atau perlakuan
samseng sesetengah penyokong atau pengikut parti politik Melayu yang bernama
Amno. Fahaman sempit dan perbuatan busuk balaci-balaci mereka seolah tidak terkawal lagi. Kencing gambar
pemimpin, pijak gambar, simbah cat,
baling objek, ganggu majlis di sana sini, buat kacau dalam majlis agama
di masjid dan berbagai lagi. Namun ulamak-ulamak mereka sama ada yang tua
mahupun yang muda masih mengambil sikap
membisu,, tidak menyatakan pendirian jelas mereka. Mungkin mereka ini lebih
mengutamakan kepentingan diri, kedudukan atau pangkat.
Beginilah
malangnya masyarat Islam di Malaysia, kerana berulamakkan ulamak sekular. Gulungan ulamak yang wajar digelar ulamak perut ini
tak berani menegur akhlak ahli dan pemimpin Amno, bahkan mereka turut taksub
dengan ketuanan Melayunya. Mereka begitu
percaya hanya bangsa Melayu yang boleh mengangkat martabat Islam di bumi
Malaysia ini, tetapi hingga kini belum dibuktikan ! Islam di Malaysia hanya gah diatas
kertas, hakikat sebenar ia sering
diperalat dan dipersenda, bukan saja oleh bukan Islam bahkan pemimpin Amno
sendiri.
Dr
Asri, seorang pendakwah bebas yang juga bekas Mufti Perlis dalam satu
kenyataannya kelmarin membidas sikap ulamak yang sedemikian rupa. “Maka
tidak pelik jika Allah menyifatkan golongan ulama yang menjual agamanya seperti
anjing,” katanya.
Oleh :
rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan