“Derhaka” bermaksud menentang atau mengengkari
perintah. Dalam kehidupan seorang muslim
termasuk masyarakat Melayu, hanya Allah dan Rasul, serta ibubapa saja yang
tidak boleh diderhakai (dilawan).
Bagaimana kalau dikatakan derhaka kepada pemimpin? derhaka
kepada Raja atau Sultan? Usahkan pemimpin, Raja sekali pun, istilah “derhaka”
ini tak boleh pakai!! memang tidak kena
! Sebab ketiga-tiga individu ini wajar
dan harus ditentang jika mereka melakukan kesalahan atau kezaliman.
Beberapa bulan yang
lalu, riuh dan kecuh apabila segulungan orang Melayu terutama penyokong Umno
tegar menuduh DS Nizar Jamaludin bekas menteri Besar Perak telah menderhakai
Sultan Johor. Cop derhaka tersebut diberikan semata-mata kerana teguran
umumnya terhadap sikap pembaziran
seorang pemimpin, tak kiralah ia ditujukan kepada Sultan atau sesiapa.. Rupa-rupanya
menegur raja atau pemimpin ini satu penderhakaan?!
Sebelum kes Nizar ini banyak lagi kes-kes
lain yang melibatkan teguran terhadap Raja/Sultan. Apabila ada individu yang
menegur Raja maka dengan secepat kilat juga segelintir Melayu-Melayu
pengampu menyuarakan bantahan agar si
polan si polan yang menegur itu dicop sebagai penderhaka! Begitulah bangang dan mudahnya tuduhan derhaka dilontarkan oleh Melayu jumud kepada seseorang rakyat yang
menegur rajanya, walhal istilah derhaka
itu tidak sesuai langsung digunakan
untuk Raja, pemimpin atau mana-mana pihak.
Mari
kita imbau kembali kisah Jebat di zaman kerajaan Melayu Melaka. Wajar dan
sesuaikah Hang Jebat dikatakan telah menderhaka kepada Sultan Melaka? Anggapan sesetengah orang Melayu bahawa Jebat
telah menderhaka rasanya eloklah dipadam terus, kerana ia tak sesuai sama sekali, sebab Sultan bukannya Allah, bukan Rasul dan bukan ibubapa kepada
Jebat. Apa yang Jebat buat ialah
menentang dan memprotes tindakan seorang Raja yang zalim !, Ia bersifat pembelaan, dan sudah tentu
tindakannya lebih mulia dari Hang Tuah yang buta hati lurus bendul!!
Kesimpulannya,, tidak wujud ungkapan menderhaka kepada
Sultan sepertimana yang sering dilaung-laungkan oleh orang Umno selama
ini. “Raja adil Raja disembah, Raja
zalim, Raja disanggah” demikian kata-kata Jebat.
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan