Kereta, kalau dah habis minyak boleh diisi semula,
kalau minyak pun dah tak boleh pakai boleh tukar kepada gas. Tetapi kalau enjin
dah tak ada memang tak guna satu sen
pun! Begitulah nasib Dr Hasan
alJATI, orang yang jiwanya paling kacau
ketika ini. Setelah niatnya nak menjadi
Menteri Besar Selangor gagal kemudian
dipecat pula oleh PAS kerana masaalah perlanggaran disiplin, kini beliau tercari-cari haluan dan masa
depan. Apabila berhujjah kerap benar tersisih dari lojik dan fakta!, Suara dan bau suara pun orang dah tak suka, sebab hampir setaraf dengan air longkang! .
Isu panas sekarang ini, ialah protes atau reaksi umat Islam terhadap filem
yang menghina Islam. DS Anwar dalam satu
kenyataannya di London baru-baru ini bersetuju bahawa ada masalah dengan jiwa orang Islam,, maka mereka mudah marah dan
beremosi’’. Lantas secepat kilat si Hasan alJATI ini menuduh Anwar telah membuat kenyataan yang
menghina Islam.
Menurut Dr Hasan lagi,, “Sebenarnya
Anwar lah yang sedang mengalami masalah
jiwa, Rakyat Malaysia faham tentang
tekanan emosi yang sedia beliau hadapi berikutan dengan beberapa kes melibatkan
moral beliau,” katanya. Kah, kah, kah!! Ini
cakap orang yang dah habis modal. Siapa sebenarnya yang mengalami tekanan
emosi? Anwar atau beliau sendiri? Hasan
masih cakap isu moral! Walhal masyarakat
dan mahkamah belum pernah membuktikan Anwar tidak bermoral! Kesian si Hasan ni! Cakap-cakapnya dah lebih teruk dari cakap
orang Umno!
Seterusnya Hasan mendakwa bahawa kenyataan yang dibuat Anwar
adalah sama atau senada dengan apa yang
disebutkan oleh Ngeh Koo Ham ahli parlimen DAP yang juga didakwa menghina
orang Islam dalam isu bantahan
terhadap filem “Innocence of Muslims” pada minggu lalu. Mana boleh sama! Tak sama pandangan Anwar seorang individu
Islam dengan pandangan Ngeh yang bukan Islam! Tetapi kalau Hasan guna penimbang dacing
Baghdad(BN) mungkin le sama kut?
Apa-apa pun, biarlah Hasan terjun dengan labu-labunya
! Allah mungkin telah menutup mata dan
minda Hasan Ali ! Sebab itulah dia tak
pernah nampak lambakan penghinaan Islam
oleh orang Umno selama ini. Pernah Hasan tegur keceluparan Mahathir terhadap
Islam dan Nabi? Begitu juga penghinaan Islam oleh Jamil Khir? Mashitah Ibrahim,
Najib, Rosmah dan ramai lagi?
Oleh :
rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan