Khamis, 29 September 2011

Apa Pentingnya Baju Kahwin Norman-Memey Dipamer Di Muzium Negara!!


Radio Sinar melaporkan baju pengantin -gaun, sut dan kasut bertatahkan mutiara Rafflesia untuk majlis resepsi Memey Suhaiza dan Norman Hakim akan dipamerkan di Muzium Negara.

Timbul persoalan apa kepentingannya baju mereka dipamerkan di sana. Apakah mereka tokoh yang boleh dijadikan contoh dalam dunia hiburan. Apakah ingin ditunjukkan betapa mahalnya baju pengantin mereka. Apakah kepentingannya kepada negara

Lainlah kalau Piala Suzuki AFF 2010 dipamerkan di sana, bolehlah ia untuk tatapan masyarakat umum keseluruhannya.

Mungkin selepas ini Muzium Negara akan bertukar fungsi, selepas ini Muzium Negara akan menjadi tempat mempromosi barangan komersial!!

RAKYAT MARHAEN

Rabu, 28 September 2011

Pegawai SPRM penyamun di KLIA


Saudara Pengarang,

PENGLIBATAN tiga orang pegawai SPRM dalam kes samun di KLIA baru-baru ini, tidak boleh dipandang ringan kerana umum mengetahui bahawa Suruhanjaya berkenaan sedang sakit tenat kerana ramai yang terlibat dalam rasuah dan kes samun ini adalah ledakan daripada kegagalan KPI SPRM dalam NKRA.

Walaupun SPRM menegaskan bahawa tiga orang pegawai yang terlibat ialah pegawai biasa, tetapi bagi rakyat Sabah, pegawai berpangkat Pemangku Penolong Pesuruhjaya (Gred P48),

Penolong Kanan Penguasa (Gred P32) dan Penolong Penguasa (Gred P29) bukanlah pegawai biasa kerana mereka lulusan universiti dan STPM serta telah begitu lama berkhidmat dengan SPRM.

Penafian SPRM tidak memberikan sebarang makna kerana masih ramai di dalam SPRM yang bersifat seperti 'Gunting Dalam Lipatan' yang menggunakan uniform dan pangkat mereka untuk kepentingan diri, terutama menyiasat sambil lewa kes yang melibatkan VVIP atau mereka yang mempunyai lebih wang.

Sewajarnya Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohammad meletakkan jawatan kerana kejadian Pegawai SPRM melakukan rompakan atau samun adalah kes yang memalukan Negara dan SPRM gagal membendung kegiatan jenayah, malah melahirkan ramai penjenayah kolar putih yang belum dilaporkan; hasil daripada ketidak seimbangan sistem pentadbiran di dalam SPRM.

Salam Hormat,

CITRA MASAD

Ahad, 18 September 2011

MASIH RAMAI MELAYU SPESIS PAK PANDIR !


Menurut satu kenyataan yang dibuat oleh Pegawai Perhubungan Awam Polis Di Raja Malaysia, ACP Ramli Mohamed Yoosuf, lebih 900 Laporan Polis terhadap Mat Sabu telah dibuat sehingga kini..


Mak datuk !!  Banyaknya laporan Polis telah dibuat! Benarkah jumlah yang sebanyak itu? Mungkin serkap jarang je kut!  Apa-apa pun kita nak tahu, apakah dosa dan kesalahan besar telah dibuat oleh Mat Sabu? sehinggakan ramai sekali Melayu-Melayu dari spesis Pak Pandir ini tak senang duduk?  Ramai yang meroyan dan ramai yang kemaruk sangat nak buat laporan polis? Mat Sabu seolah-olah telah meletakkan sebiji bom jangka di kediaman perdana menteri .
Sebenarnya itulah Melayu Umno !  Bila mereka berjalan,  macam itik pulang petang, ketua masuk kolam semua ikut masuk kolam, satu masuk longkang semua turut masuk longkang. Bila mereka berhujjah macam sekumpulan anjing, sekor menyalak semua menyalak. Kalau mereka berkata-kata, macam burung tiong yang kononnya pandai bercakap!, walhal mereka sendiri tak faham apa yang mereka cakap. Kalau dengan bahasa halusnya, Melayu jenis ini samalah macam Pak Pandir!,.. lurus bendul, tak boleh berfikir sendiri.
Mat Sabu cuma menyatakan yang benar – bahawa Mat Indera itu adalah sebenar-benar pejuang bangsa, dan pejuang kemerdekaan!  Mat Indera sememangnya anti penjajah terutama British. Mat Indera bukan komunis ! seperti yang dilebel oleh British dan Umno anak didiknya !  Amatlah dikesali kerana Umno mengizinkan British menghina bangsa Melayu bangsanya sendiri. Apa yang Umno mahu ialah orang Melayu mesti memuja dan menyanjung pemimpin Umno saja, termasuk bos mereka Tuan British !.
Realitinya kenyataan Mat Sabu itu bukanlah cakap-cakap kosong atau melulu,.. ada faktanya. Menurut Mat Sabu dan kebanyakan rakyat yang sudah faham, selama ini UmnoBn telah memutar belitkan fakta sejarah. Maka kenyataannya itu telah memberi impak yang amat besar  kepada Negara. Pemimpin Umno jadi panik !,  ramailah yang pening,  sasau dan gelabah. malah ada orang Umno mencadang agar Mat Sabu dibuang negeri atau dikenakan tahanan ISA.  Begitulah bangang dan bengapnya pemimpin Umno.
Apa yang ada didalam kepala mereka ialah kuasa!  kuasa ! kuasa ! Kuasa mesti dipertahankan! Pertahankan kuasa dengan apa cara sekalipun, walau terpaksa menggadai maruah bangsa maupun  agama.  Hak mutlak untuk memerintah hanyalah Umno,… satu kepercayaan yang ada unsur-unsur khurafat yang masih dipegang oleh Umno.
Oleh : rahimothman