Sabtu, 3 September 2011

Umno khianat pejuang Melayu, sanjung Mat Salleh !

Syabas dan tahniah kepada Mad Sabu ! kerana membuat pendedahan berani tentang isu kemerdekaan, siapa pejuang dan siapa pengkhianat ! Walaupun di tahun-tahun sebelum ini Mad Sabu pernah menimbulkan perkara ini,  tetapi dipandang sepi oleh Umno dan pihak media.

Kenyataan yang keluar dari mulut Mad Sabu semasa ceramah nya cukup mudah, iaitu dalam isu kemerdekaan, Umno adalah pengkhianat. Selama ini Umno telah memesongkan fakta sejarah,  semata-mata kerana tamakkan kuasa.

Hari ini dalam keadaan Umno yang tinggal nyawa-nyawa ikan, mahu tak mahu mereka terpaksa menjawab atau memberi respon diatas kenyataan Mad Sabu. Maka berpusu-pusu lah pemimpin Umno membuat kenyataan balas. Mad Sabu dikecam dari segenap sudut. Mad Sabu dituduh penderhaka, pengkhianat!  Mad Sabu mesti meminta maaf dan berbagai-bagai lagi. Tetapi semakin Mad Sabu ditekan,  semakin banyak fakta-fakta sejarah sebenar dikeluar dan dihebahkan.

Dalam hal ini Mad Sabu sebenarnya tidak keseorangan.  Banyak juga sokongan diperolehi dari blogger-blogger, ahli-ahli sejarah dan para cendiakawan. Hakikatnya  penipuan Umno selama ini semakin terdedah, seluar sudah terlondeh dan hampir di telanjangkan!. Sebahagian besar rakyat Malaysia sudah cerdik. Kalau selama ini UMNOBN telah menutup mata dan telinga  mereka, hari ini tidak lagi. Rakyat sudah celik minda!  Celik maklumat!,  celik agama,  celik ekonomi,  CELIK SEJARAH.

Dalam isu serangan Bukit Kepong,.. kenapa Umno masih nak berbohong!?. Jelas,  polis pada zaman itu ialah polis British/ polis kerajaan British. Mereka bekerja untuk British, bukan untuk mempertahan Melayu,bukan untuk memperjuangkan kemerdekaan. Dalam peperangan sudah semestinya ada yang terkorban,  baik dipihak menyerang atau yang diserang!!

Jika ahli keluarga polis tersinggong dengan kenyataan Mat Sabu, bagaimana pula perasaan keluarga Tok Janggut, Topk Gajah, Mat Kilau, Haji Abdul Rahman Limbong, Rosli Dhobie, Datuk Maharaja Lela, Rentap, Mat Salleh, Dr Burhanuddin Al Helmy, Ustaz Abu Bakar Baqir, Mat Indera dan ribuan lagi pejuang yang terkorban di tangan polis yang berkhidmat dengan penjajah British ?

Marilah kita berdoa semoga roh-roh mereka yang dituduh oleh UmnoBritish sebagai pengkhianat ini
diterima Allah dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Oleh : rahimothman

1 ulasan:

  1. UMNO LAH PENGKHIANAT TULIN KEPADA BANGSA, NEGARA DAN ISLAM DI MALAYSIA INI.

    BalasPadam