Khamis, 15 September 2011

Bila Umno nak protes Pak Samad?

Sekarang ini rakyat sudah hilang rasa takut untuk menyatakan kebenaran! Dua minggu lepas Mat Sabu mendakwa Mat Indera adalah seorang pejuang kemerdekaan,  bukan komunis seperti yang didakwa oleh British dan pengampunya Umno.

Terbaru dalam satu forum  di bangunan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur bertajuk  "Milik siapakah kemerdekaan ini?"  Pak Samad  dengan tegas dan berani telah membuat satu kenyataan yang boleh membuat orang Umno menjadi bengang! 

Di bawah ini ialah secebis dari kata-kata Sasterawan Negara, A.Samad Said dalam forum itu,...

"Tunku bukan pejuang, tetapi penyambut kemerdekaan"; bahkan beliau sempat berseloroh dengan wartawan, bahawa istilah "kemerdekaan" pada gelaran "Bapa Kemerdekaan" yang diberikan kepada Tunku mungkin perlu digugurkan, kerana menurut Dr.Zainal Kling, negara kita tidak pernah dijajah.

Ramai blogger dan para ilmuan sependapat,.. iaitu kalau negara ini tidak pernah dijajah mengapa perlu disambut hari kemerdekaan? Mengapa perlu dibina stadium merdeka? Mengapa perlu ada tugu negara? sebagai tanda mengingati pejuang-pejuang kemerdekaan? ( tetapi malang sekali apabila semua patung di tugu semuanya wajah Inggeris ?!  - satu lagi penipuan! )

Rakyat di negara ini semakin celik ilmu,  celik IT dan celik sejarah. Mereka sememangnya sudah lama sedar,  malah boleh menerima kenyataan Pak Samad ini dengan hati yang terbuka dan berlapang dada.  Fakta sebenar sejarah Malaysia perlu diperbetulkan. Jangan dibiarkan terus sumbang dan senget sebelah, takut nanti seluruh rakyat Malaysia akan mendapat malu apabila diketawakan oleh orang luar.

Berhubung dengan kenyataan Pak Samad ini,  bila Umno nak protes?.  Bila Umno nak kutuk dan hina Pak Samad  kerana menafikan Tengku Abd.Rahman pejuang kemerdekaan ?. Apa ditunggu lagi wahai pemimpin Umno!.  Jangan lupa ! cadangkan kepada kerajaan agar Pak Samad dilucutkan kerakyatan,  atau dibuang negeri !!  Kah!  Kah! Kah!

Kesian Umno!,..Segala muslihat, pembohongan, kecurangan dan ketidakjujuran mereka kian hari kian terserlah!  Semangat ketuanan Melayu  yang dipertahankan untuk menjaga kepentingan orang Umno,  hari ini rakyat tak boleh terima lagi !!

Oleh : rahimothman

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan