Jumaat, 9 September 2011

UMNO Baru YANG SEMAKIN REPUT !!

Sedarkah kita diam tak diam sudah 23 tahun UMNO meninggalkan kita. Ya! parti UMNO sudah mati 23 tahun lalu. Matinya UMNO bukan kerana dibunuh oleh PAS, MCA, MIC atau mana-mana parti, tetapi disebabkan  percakaran sesama sendiri , lalu tertikam oleh keris telanjang milik mereka sendiri, maka matilah UMNO!

Itulah hakikatnya,..parti UMNO sudah tidak wujud lagi setelah diharamkan pendaftarannya oleh Mahkamah pada 1988 berikutan berlakunya krisis kepimpinan parti yang melibatkan Mahathir dan Ku Li.
UMNO yang ada hari ini bukan UMNO asal yang ditubuh pada 1946,  tetapi ialah UMNO Baru milik Dr.Mahathir, kemudian diwarisi oleh Pak Lah,  kini NajibTun Razak. Mari kita imbau kembali sejarah pengharaman parti UMNO dan penubuhan UMNO Baru,…

Sejarah hitam parti UMNO telah bermula pada 1987.  Parti UMNO telah diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988 selepas  berlakunya krisis kepimpinan  pada 1987   Ini berpunca dari kemenangan tipis Dr Mahathir keatas Tengku Razaleigh Hamzah yang sama-sama merebut jawatan Presiden UMNO pada pemilihan 1987. Menurut cerita lisan dari kalangan orang-orang UMNO, kemenangan Mahathir pada pemilihan itu berpunca dari penipuan undi. Ramai mendakwa kemenangan sebenarnya berpihak kepada Tengki RH. Maka bermulalah seribu kekecohan dan ketidakpuasan hati ! sehingga kes dibawa kemahkamah.

Apabila UMNO sudah diharamkan mahu tidak mahu Dr Mahathir terpaksa  mendaftar satu pertubuhan baru yang dinamakannya UMNO Baru pada 13 Februari 1988. Kemudiannya, Tengku Razaleigh telah menubuhkan parti Semangat 46 (serpihan Umno)  Kesan dari peristiwa perpecahan UMNO  ini ialah tercetusnya  Krisis Perlembagaan  pada 1988. 

Sepuluh tahun kemudian sejarah hitam kali kedua menimpa UMNO lagi,  dimana pada 1998, Dr Mahathir Mohamad memecat dan  menyingkir Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dari Timbalan Presiden UMNO.  Maka tertubuhlah Parti Keadilan Nasional, kini Parti Keadilan Rakyat yang dipelopori oleh mangsa fitnah Dr.Mahathir dan pencetus gelombang Reformasi iaitu - Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hari ini parti Dr Mahathir yang bergelar UMNO Baru itu genap usianya  23 tahun,. manakala PKR,  Parti Keadilan Rakyat yang dinaungi oleh DS Anwar Ibrahim  berusia 13 tahun, namun pengaruh dan sokongan yang diterima oleh PKR jauh lebih mantab dari UMNO Baru. UMNO Baru yang tinggal nyawa-nyawa ikan kini  semakin hampir dengan lubang kubur !

Syabas PKR dan Pakatan Rakyat ! Biarkanlah UmnoBn reput dan dimakan oleh anai-anai. Mari kita bina sebuah masyarakat dan negara Malaysia yang jauh lebih maju, harmoni, adil dan saksama.

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan