Isnin, 17 September 2012

Negara rugi besar atau rakyat untung besar?


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, Malaysia tidak seharusnya ditadbir oleh kalangan yang kurang berpengalaman kerana ini hanya membawa ke arah kehancuran. Negara akan rugi besar jika BN kalah dalam PRU 13 nanti,,, katanya.

Ha, ha!  negara akan rugi besar atau pemimpin BN yang akan rugi besar? Kalau mengikut rekod  pemimpin BN memang pembohong besar!! Takkan rakyat nak percaya cakap-cakap pemimpin seperti ini!  Biarlah Negara( pemimpin BN) rugi besar asalkan  Rakyat untung besar !!  Itulah yang rakyat mahukan. Sudah cukuplah selama ini pemimpin BN mengaut keuntungan besar. Saki baki harta Negara yang masih ada ini bagilah pada rakyat,, biar PR pula yang mentadbir dengan cara yang jauh lebih baik ! 
 
"Tiada pendatang baru dalam politik yang boleh melakukan keajaiban dan kemudiannya berkata mereka boleh berkhidmat dengan lebih baik lagi," kata Tan Sri Taib Mahmud  pada majlis pecah tanah universiti terbaru Sarawak iaitu Kolej Universiti Teknologi Sarawak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Lapangan Terbang Lama di sini kelmarin.

Siapa kata tak ada pendatang baru yang mampu melakukan perubahan?  Tan Sri belum buta lagi ! dan  jangan buat-buat buta! Contoh yang paling ketara,  lihat saja Pulau Pinang dan Selangor ! Belum sepenggal memerintah sudah dapat melakukan banyak perubahan, kemajuan dan keuntungan yang jauh lebih baik berbanding semasa negeri itu diperintah oleh BN!  

Menurutnya lagi,,, Barisan Nasional... mereka mempunyai pemimpin dan anggota berkualiti yang boleh membawa transformasi kepada negara ini. Najib, beliau sangat maklum tentang keperluan dan aspirasi negeri ini, memandangkan beliau seorang  yang kerap mengunjungi  sama ada ke pusat bandar atau luar bandar, sejak menerajui kepimpinan kerajaan persekutuan tiga tahun lepas.    
       
Dengan reputasi Najib yang begitu buruk selama ini Tan Sri Taib masih nak memuji Najib? Sekali lagi Tan Sri nampaknya  cuba membutakan matanya !  namun rakyat sudah mengetahui!  Tan Sri Taib juga tak kurang hebatnya dalam hal-hal mengaut keuntungan dari khazanah negeri. Rekod cemerlang Tan Sri  ialah kemampuannya mengumpul kekayaan untuk diri dan keluarga !  Ta ada bezanya dengan Najib !  Justeru apa hairannya kalau penyangak puji penyangak?

oleh : rahimothman

1 ulasan: