Ganggu tazkirah, baling kasut,,
perbuatan jahiliah !
Sebelum
ini sudah terlalu banyak perbuatan sebotaj, memfitnah, menghasut, mengganggu
dan mengacau dilakukan oleh puak-puak Umno @ Perkasa terhadap parti pembangkang
terutama PAS dan PKR. Kerap kali kita
dengar, apabila ada saja aktiviti yang dibuat oleh kedua-dua parti ini, maka akan
adalah puak-puak syaitan yang dikenali ini datang mengganggu !
Kita
imbau kembali sedikit dari kisah-kisah lalu!
Ceramah Nurul Izah dan Anwar di Lembah Pantai dibaling batu, ceramah Pakatan Rakyat di Kuala Selangor
diserang dan diganggu oleh sekumpulan pemuda, ceramah Anwar di Johor, kereta
Anwar dicalar dan dikemikkan, ceramah merdeka
Anwar di Kota Bharu cermin bas di pecah dan disembur cat.
Terbaru,, satu kejadian yang memalukan berlaku di
sebuah masjid di Kedah. Kumpulan yang
bertindak ala-ala kaum jahiliah di zaman nabi ini telah bertindak diluar
batasan agama. Tidak keterlaluan kalau dikatakan perbuatan mereka menyamai perbuatan
syaitan! Justeru tidak salahlah kalau
Mahathir pernah berkata bahawa UmnoBn
adalah parti syaitan dan sekali gus ahlinya juga adalah syaitan,,,, “syaitan
yang dikenali” ,,, kata Mahathir.
Kenapa Umno@perkasa bertindak samseng?
Barangkali
kerana terlalu beriya-iya sangat mahu menegakkan semangat “Ketuanan Meelayu”
maka inilah hasilnya. Umno@perkasa mengamalkan
budaya samseng !! Mereka bersultan
dimata beraja di hati. Dalam kes terbaru mereka dengan lagak berani dan
angkuh mengganggu dan membuat bising dalam rumah Allah, ketika DS Anwar Ibrahim
sedang memberi tazkirah kepada para jemaah. Tak cukup dengan bising mereka
membaling kasut kearah Anwar. Perbuatan puak-puak Umno@perkasa ini amat
melampau dan memalukan bangsa Melayu. Dan yang lebih malang maruah Islam
tercemar dek perbuatan mereka ! .
Alasan mereka
membantah Anwar memberi tazkirah,, cukup
dangkal, bangang dan melucukan!!
Anwar tidak
ada tauliah ? maka sebab itu tazkirahnya diganggu? Tauliah kepala datuk depaa!! Hoi,
puak-puak Umno@perkasa ! Selama ini Najib,
Muhyiddin, Zahid Hamidi dan ramai lagi pemimpin Umno masuk masjid berceramah
dan bercakap politik ada tauliah ke? Dan tak pernah kita dengar penyokong parti
pembangkang mengamuk apabila mendengar
ada pemimpin Umno berceramah, bertazkirah, atau memberi sumbangan yang berupa
rasuah politik di masjid? Belum pernah
!,
Rumusan
- apa sebenarnya tujuan samseng
Umno@perkasa membuat kacau? Tidak ada
tujuan melainkan kerana busuk hati ! Bukankah Mahathir, bekas presiden UmnoBn
pernah berkata ,,,, Umno sudah busuk sampai keusus dan
hari ini terbukti busuknya sudah sampai kehati!
Jadi semua perbuatan orang Umno@perkasa keatas pembangkang berpaksikan
rasa busuk hati !!!
Oleh :
rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan