Mana satu pilihan belia? Pakatan Rakyat berjanji
mahu menghapuskan PTPTN dengan memberi pelajaran percuma di Universiti, yang
bernilai purata RM20,000 manakala
kerajaan BN dalam bajet 2013 kelmarin nak
beri bantuan “one off” berjumlah RM 250 kepada anak bujang berpendapatan kurang
RM2000. Antara keduanya, yang mana satu menjadi pilihan belia dan orang bujang?
Kalau terpaksa memilih satu antara dua, sudah tentu mereka memilih tawaran yang
terbaik iaitu pelajaran percuma di Universiti, kerana nilai RM250 yang kerajaan
nak beri kepada anak bujang berpendapatan bawah RM2000 bukanlah sebanyak mana
pun. Ia boleh licin dalam masa dua tiga
hari saja.
Dan yang paling utama pemberian itu dilihat sangat tidak
ikhlas. Buktinya, kenapa setelah 55 tahun merdeka dan dekat nak pilihanraya baru
kerajaan BN nak beri? Jika dinilai dengan teliti sudah tentulah
janji kerajaan Pakatan Rakyat jauh lebih ikhlas ! nilainya
sangat besar dan berbaloi berbanding
pemberian kerajaan BN. Justeru sebagai anak muda
yang panjang akal buatlah pilihan yang
terbaik ! Nak sokong BN atau PR! Tepuk dada tanya selera !!
Oleh : rahimothman
ptptn ni memanglah org kata menyusahkan, sbb nk kne bayar byk, tp itulah adat, klu dah pinjam tu pandai2lah pulang...jgn terlalu taksub sgt dgn parti2 ni, yg baik kita ikut, yg kurang baik, jgn dicontohi...dan 1 lg, jgn pandang pd ayat lazim "kenapa setelah 55 tahun merdeka dan dekat nak pilihanraya baru kerajaan BN nak beri?" itu namanya rezeki...BN bagi tak kira apa pun status parti org tu...klu anda taksub sgt dgn parti, sy nk tny ckitla...ada ke pakatan rakyat bg bantuan mcm ni? takda kan??? klu xde, jgn byk cekadak pulak nk ckp mcm2... pd sy, org2 parti pembangkang ni la yg byk memberontak...byk kuarkan isu2 TAK RELEVAN LANGSUNG!!! sedar2la diri, kita semua berada di tanah yg sama...kita pulang kepadaNYA, ALLAH YANG MAHA ESA... tiada apa yg berbeza... =) jgn emosi ok semua...daaaaa
BalasPadam