Amat
sukar bagi Umno untuk mengekalkan kuasa yang sekian lama mereka cengkam!. Untuk
mendapat balik sokongan dari rakyat Malaysia khasnya orang Melayu cukup
perit kerana dosa Umno kepada orang
Melayu terlalu besar. Orang Melayu sudah serik dengan penipuan, kecurangan dan
kerakusan pemimpin Umno selama ini.
Kesilapan
besar Umno ialah memfitnah dan memusuhi Anwar Ibrahim. Kalau tidak, Umno takkan jadi seperti hari ini! Sekarang
lihatlah hasil dan risikonya! Atas
kehendak Allah, Anwar semakin kuat dan berpengaruh! Parti Keadilan Rakyat
semakin disukai. Gabungan pembangkang
yang terdiri PAS DAP dan PKR hari ini dilihat cukup kuat dan berpengaruh.Dasar
perjuangannya yang dilihat cukup ikhlas
dan telus telah memikat hati rakyat. Maka tidak hairanlah daripada paras
kosong, kini mereka sudah menguasai
empat negeri (Penang, Selangor, Kedah dan Kelantan) semenjak PRU 2008. Dan
besar kemungkinan dalam PRU yang akan datang kejayaan yang lebih besar sedang menunggu
Pakatan Rakyat.
Berbagai
usaha UmnoBn dah buat untuk menghalang kebangkitan Pakatan Rakyat. Ini termasuklah
perbuatan khianat dan tidak bermoral!
Fitnah seks, rasuah dan sebagainya dihalakan kepada pemimpin pembangkang
terutama DS Anwar Ibrahim, namun semuanya tak laku. Rakyat menganggap semua isu
yang ditimbulkan sebagai sampah!!!
Meneruskan taktik lama iaitu membangkitkan isu agama dan kaum agar
Melayu dan Cina bermusuhan juga tidak dapat diterima oleh rakyat Malaysia yang
sudah matang, cerdik dan berilmu.
Untuk dapat balik sokongan dan
kuasa,,, ini saja pilihan yang ada,,,,
Angkat
saja bendera putih, kemudian mengaku
yang Umno selama ini banyak buat salah dan banyak berdosa kepada orang Melayu. Tabiat
buruk yang jadi amalan selama ini buang jauh-jauh. Kuman segala penyakit kronik
ini hendaklah dibunuh. Berjanji mahu berubah 100% ! Tidak lagi memperalat dan mengkhianati bangsa, agama. Dan
sebaik-baiknya ubah dasar Asabbiyah Umno yang jumud itu kepada dasar Islam,, Kalau
ini dapat dilakukan InsyaAllah dalam
lima tahun akan datang,, PRU ke-14 atau ke-15 pasti Umno akan bertapak semula !
Oleh :
rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan