Ahad, 8 Disember 2013

Najib : Antara pujian dan kejian, ikhlas dan hipokrit !


Dalam ucapan penggulungannya semasa Perhimpunan Agung Umno 2013 kelmarin,  Najib berbangga sambil memuji isterinya Datin Seri Rosmah Mansor secara terbuka kerana “jasanya” kepada negara.  Apa jasa tersebut? … Menurut Najib Rosmah pernah membantu membebaskan seorang rakyat Malaysia dari tuduhan terlibat dengan agen perisikan di Mesir.

 Satu lagi ialah semasa pergolakan politik Mesir, Rosmah dikatakan berjaya mempengaruhi kerajaan Arab untuk membantu pelajar Malaysia yang tersekat di Mesir  untuk singgah di Jeddah tanpa visa dan mendapatkan penerbangan pulang ke tanah air .   Haha ! baguslah tu !  Tahniah dan terima kasihlah kalau benar-benar beliau telah membantu.

Tetapi wajarkah Najib terlebih perasan?  Memuji  bininya bukan main tinggi melangit !   Besar sangatkah jasa Rosmah? sehingga mewajarkan  beliau layak menggunakan  jet mewah (eksekutif)?  Hebat sangatkah peranan beliau sehinggakan   terpaksa diberi layanan hotel mewah yang berharga ratusan ribu ringgit semalam?  Pujian lawannya kejian. Sifat keji seharusnya ditolak. Pernahkah Najib menegur sifat buruk yang ada dalam diri Rosmah? Contoh – suka cara hidup bermewah-mewah,  berbelanja boros dan sebagainya?  Menegur dan menasihati rakyat supaya hidup bersederhana dan berjimat cermat sering kita dengar dari mulut Najib, walaupun beliau cakap tak serupa bikin,,,, tetapi menegur dan menasihat isteri juga menjadi tanggungjawab suami termasuk Najib.

Bercakap soal hutang Negara,, sedarkah Najib bahawa kewangan negara berada dalam keadaan  kritikal?  dan pernahklah Najib menasihati dirinya sendiri supaya berbelanja dengan hemah dan cermat?  Kenapa Najib sanggup berhutang sehingga menjangkau   keparas maksima (ibarat air banjir di Pahang yang sudah melepasi paras hidung? dan  boleh membawa maut).  Rakyat sangat sedar,  cara kerajaan berbelanja memang sangat boros.  Rasuah dan ketirisan berlaku sewenang-wenangnya.  Dan dalam masa yang sama rakyat terus diperbodoh oleh Najib dengan menasihat rakyat agar hidup berjimat cermat.  Duhai Najib !  Hentikanlah perangai orang “munafik” …. Ikutlah rasmi padi, makin tunduk makin berisi. Bikinlah serupa cakap,, jangan jadi seperti ketam yang menyuruh anak berjalan betul !   -  rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan