Sabtu, 14 Disember 2013

Syiah : Zahid serah pada Jamil, Jamil serah JAIN, JAIN pula serah pada?....


Naib Presiden Umno Zahid Hamidi baru-baru ini menuduh Timbalan Presiden PAS Mat Sabu sebagai pengikut fahaman Syiah. Hebuh 1Malaysia isu ini dicanang.  Apa tujuan? Wallahhu’alam,, boleh jadi itu lah salah satu cara bagaimana Umno nak jatuhkan imej PAS  dengan harapan pemimpin nombor dua PAS itu akan dibenci oleh orang Melayu terutama ahli PAS.

Duhai Zahid !   Kamu ingat semua orang Melayu atau ahli PAS bodoh macam Zul Kulim ke?!  Tolong !,, jangan samakan mereka dengan kedunguan Zul atau kebengongan Kak Ijat yang tak kenal suami tu !   Berbalik kepada isu ini – fahaman Syiah.  Menurut ketua Polis Negara kumpulan ini ada unsur-unsur militan yang boleh mengancam keselamatan negara.  Tetapi Zahid selaku menteri yang berkenaan kenapa   takut mengambil tindakan tegas terhadap Mat Sabu?  Kenapa nak serah  pada Jamil Khir untuk ambil tindakan?.  Tak yakin pada diri sendiri atau tak yakin pada kementerian yang kamu pegang? Hehe !!

Khabarnya setelah Zahid serah pafa Jamil,, Jamil  pula kata nak serah pada Jabatan Agama Islam negeri untuk ambil tindakan…… Ish ish, ish !!    serah atas serah !! .  Jangan sampai Jabatan Agama Islam  pula  nak  serah pada  Hasan Ali al akidah sudah lah !   Almaklum ! presiden JATI  itu sangat ambil berat tentang syariat Islam terutama bab akidah !     Kah kah kah !!! -  rahimothman 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan