Selasa, 3 Disember 2013

Najib dari kacamata Us.Kazim


Sukar nak dinafikan bahawa semenjak dua tiga tahun kebelakangan ini Pendakwah Bebas bernama Ustaz Kazim Elias ini sememangnya  sering menyindir PAS dan kepimpinannya,  dan dalam masa yang sama beliau menonjolkan sikapnya yang mesra Umno.   Jadi tak perlulah  beliau berpura-pura kesal dan sedih apabila  dilebel sebagai Macai Umno !  

 

Ramai lagi dikalangan pemimpin pembangkang yang selama ini dikecam dan perlekeh, malahan difitnah dengan tuduhan yang jauh lebih berat,  contoh – Anwar dua kali ditiduh meliwat,, TG Nik Aziz dituduh bapak kafir , Azmin Ali dituduh jual isteri dan banyak lagi. Kalau setakat dituduh sebagai Macai Umno,  rasanya ibarat air liur basi  melekat kat pipi je !  tak payah nak kecuh-kecuh.  

Berhubung dengan pendirian Ustaz Kazim yang menyifatkan sikap keterbukaan Najib mengundang beliau menganggotai MT Umno itu membuktikan bahawa PM Najib serius untuk membawa transformasi dan meluaskan peranan pendakwah dalam parti itu,,  teman fikir itu hak Ustaz Kazim lah untuk menilai siapa Najib, malah siapa Rosmah sekali pun.

Pujilah walau setinggi langit namun rakyat marhaen tetap faham dan tahu bahawa mereka sebenarnya sangat LEMAH,,sarat dengan sifat-sifat negatif , baik soal berbelanja, mengurus Negara apatah lagi soal agama  : rahimothman 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan