Sumber : Sinar Harian PETALING JAYA - Selepas diumumkan sebagai calon untuk Dun Kajang, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap beliau dapat memenangi kerusi tersebut. Menurutnya yang juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, beliau akan berusaha dan cuba sedaya upaya untuk memenangi pertandingan itu.
"Doa
bersama, saya akan cuba," jawabnya ringkas tatkala pemberita mengajukan
soalan adakah beliau yakin untuk memenangi kerusi tersebut di Ibu Pejabat PKR,
di sini, hari ini. Pengumuman
mengenai pemilihan Anwar sebagai calon dibuat oleh Menteri Besar Selangor
Tan Sri Khalid Ibrahim. Kerusi Dun
Kajang kosong berikutan penyandangnya, Lee Chin Cheh dari PKR dengan meletakkan
jawatan semalam.
Chin Cheh memenangi kerusi itu pada PRU Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.
Chin Cheh memenangi kerusi itu pada PRU Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan