Ahad, 27 Januari 2013

Mukhriz belum pasti kerusi Parlimen atau Dun


Sumber : Sinar Harian

JERLUN - Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir masih belum pasti akan bertanding di kerusi Dun Kedah atau kekal di Parlimen Jerlun dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Katanya, keputusan itu masih belum diputuskan pucuk pimpinan parti sama ada beliau kekal bertanding di kerusi Parlimen atau salah satu kerusi Dun di negeri ini untuk menewaskan pihak lawan.                                                                       “Saya tidak boleh membuat sebarang keputusan dan terserah kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tentukan kerusi yang layak dan patut ditanding.

“Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya tidak ada sebarang halangan untuk bertanding di Dun atau Parlimen.

“Parlimen atau Dun, mana-mana pun boleh, saya tidak kisah. Bukan maksud untuk tanding di kedua-dua kerusi, tapi salah satulah,” katanya kepada media selepas lawatan bersiri ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) Telaga Batu, di sini, semalam.

Tambahnya lagi, beliau sedia bertanding di mana-mana pun kerusi yang diputuskan pucuk pimpinan parti, asalkan Umno dan BN dapat kembali mentadbir Kedah selepas PRU13.
“Bagaimanapun, harapan saya adalah untuk tanding kekal di Parlimen Jerlun. Jadi kerusi Negeri dan Parlimen itu terpulang kepada pucuk pimpinan parti yang putuskan,” katanya.

Jumaat, 25 Januari 2013

Beginikah isteri pemimpin Negara Islam contoh?

\

Dia sedikit pun tidak merasa gerun siksaan Allah terhadap wanita yang tidak menutup aurat seperti yang digambarkan oleh Nabi Muhammad SAW semasa Israq Mikraj.  Bagi wanita ini apa yang lebih penting, ialah,,, JAMBUL mesti didahulukan!  gaya rambung merebang wajib diutamakan!!  Hukum Allah persetankan!!!   

 

Tak malukah insan bernama ROSMAH MANSOR ini?   Beginikah rupa dan gaya isteri seorang perdana menteri dari sebuah negara Islam contoh yang bernama Malaysia?  Amat memalukan!!  Najib memang tak berani nak tegur,  tetapi Jamil Khir bagaimana?       Ustaz Nasharudin Mat Isa yang sudah jadi penasihat tak rasmi kepada Najib pula bagaimana Takut juga?                                           

Rasanya dah banyak Negara Islam yang Rosmah lawati, tetapi dia tetap dengan sikap ego dan bodoh sombongnya. Sedikit pun dia tak rasa malu terhadap wanita lain disekelilingnya yang berpakaian menutup aurat – pakaian muslimah sejati   -  rahimothman

Khamis, 24 Januari 2013

PENCEMARAN AGAMA SECARA TERHORMAT !


Mana Mufti? Takkan biarkan “Bapak” kencing berdiri?   

Perbuatan ini sudah tentu tidak wajar ! Kepada yang tak tahu hukum janganlah cuba-cuba nak tunjuk berani! Kepada yang tahu hukum pula bukankah lebih baik mengelak dari diperlakukan begitu rupa?  Kalau bapak kencing berdiri, jangan nanti salahkan anak kencing berlari !   Amat tidak wajar seorang yang bergelar ketua agama membenarkan perkara ini berlaku!  Di mana tuan Mufti?,, di mana pegawai penasihat agama? Kalian tentu lebih dari tahu bahawa sesungguhnya Hukum Allah itu tidak mengenal darjat atau status !! -  rahimothman