Jumaat, 28 Februari 2014
Khamis, 27 Februari 2014
Rabu, 26 Februari 2014
Rafizi: Zaid perlu cermin diri dulu
Sumber
: Sinar Harian PETALING JAYA - Pengarah Strategi PKR,
Rafizi Ramli mengingatkan calon bebas, Datuk Zaid Ibrahim supaya mencermin diri
sebelum menghentam parti itu tidak mempunyai integriti. Menurutnya, integriti bukan melibatkan
laungan sahaja, ia adalah bagaimana ia dipraktis.
"Sebelum
dia cabar orang lain tentang integriti, baik Zaid cermin diri dia dahulu,"
katanya pada sidang media, di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini. Semalam ini, media melaporkan Zaid menggesa
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima cabarannya berdebat bagi
membolehkan agenda PR di Selangor, dinilai oleh rakyat.
Dalam
pada itu, Rafizi turut mendedahkan sikap Zaid apabila menjadi ahli PKR. Rafizi mendakwa, Zaid telah meminta
bantuannya untuk menyalurkan beberapa projek kepada individu yang mempunyai
kaitan dengan dirinya.
"Zaid semasa dalam PKR dia telah menghantar emel kepada saya dan didatangi sendiri Zaid, ketika yang ketika itu sebagai Ketua Eksekutif Penasihat Ekonomi Selangor. Pada 25 Jun 2010, dia minta saya campur tangan dalam dua projek yang diusahakan rakan atau pihak berkaitan dengan beliau”
"Projek pertama melibatkan tanah seluas 26 ekar di Batu atau Selayang. Saya dimaklumkan bahawa rakan atau rakan kongsi beliau telah membuat cadangan pembangunan bersama Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB), Sikap Zaid juga tidak ada bezanya dengan BN". Tambahnya lagi.

Selasa, 25 Februari 2014
Isnin, 24 Februari 2014
Ini masa kita bangkit semula, kata Zahid
Sumber
: Sinar Harian MELAKA - Anggota dan pemimpin Umno disaran
supaya bangkit menyerang persepsi negatif dan dakyah kebencian yang ditanam
pihak pembangkang kepada rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata budaya kebencian terhadap Umno dan BN telah ditanam oleh pembangkang sejak pilihan raya umum 2008 dengan slogan 'ABU' (Asal Bukan Umno) dan 'ABN' (Asal Bukan BN).

"Kita
tidak harus berdiam diri sebaliknya menyerang berlandaskan fakta dan hujah yang
benar," katanya pada majlis Malam Amal Perdana Bersama Pemimpin di Bukit
Katil, di sini malam tadi.
Beliau berkata persepsi yang ditanam terhadap Umno dan BN seolah-olah mereka bukan lagi pemegang tampuk kuasa yang relevan.

"Apabila
kebencian telah ditanam sekian lama, kita mesti berani melakukan hujahan
serangan yang bukan bersifat peribadi tetapi berlandaskan fakta-fakta bagi
membetulkan persepsi bahawa kita dianggap salah, dengan kebencian yang ditanam
dalam kalangan audiens iaitu para pengundi," katanya.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata terdapat anggota dan pemimpin Umno serta BN yang berdiam diri kerana komitmen dan iltizam yang terlalu tipis dalam melakukan serangan balas kepada pembangkang malahan ada yang 'menambah' kepada perbezaan pendapat itu.
"Dengan kuasa yang terhakis di peringkat nasional dan sebahagian negeri-negeri, ini merupakan ujian buat kita dalam perang saraf ini. Pertahanan yang terbaik ialah kita melakukan serangan pula kepada pembangkang," katanya. Majlis yang dianjurkan oleh Majlis Veteran Unmno Melaka itu dihadiri lebih 1,000 anggota parti termasuk Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir. - Bernama

Jumaat, 21 Februari 2014
Khamis, 20 Februari 2014
Rabu, 19 Februari 2014
Selasa, 18 Februari 2014
Isnin, 17 Februari 2014
Ahad, 16 Februari 2014
Jumaat, 14 Februari 2014
Khamis, 13 Februari 2014
Rabu, 12 Februari 2014
Selasa, 11 Februari 2014
Isnin, 10 Februari 2014
Ahad, 9 Februari 2014
Sabtu, 8 Februari 2014
Jumaat, 7 Februari 2014
Khamis, 6 Februari 2014
Rabu, 5 Februari 2014
Selasa, 4 Februari 2014
SPR tetapkan 23 Mac PRK DUN Kajang
Sumber
: Sinar Harian PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) hari ini mengumumkan 23 Mac depan sebagai tarikh PRK Dun Kajang. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
berkata, semua yang terlibat dengan PRK Dun tersebut perlu mematuhi arahan yang
telah ditetapkan. Beliau juga berkata
tarikh penamaan calon akan bermula pada 11 Mac ini, manakala tarikh
pengundi awal pada 19 Mac.
"Semua perlu mengikut arahan yang telah ditetapkan," katanya pada sidang media di bangunan SPR, hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh telah mengumumkan peletakan jawatan pada 27 Januari lalu, yang disahkan oleh Speker Dun Selangor, Hannah Yeoh. Susulan itu, PR telah mengumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon untuk bertanding pada PRK Dun Kajang.
Manakala, BN masih belum memutuskan mana-mana calon untuk diletakkan di kawasan itu namun MCA telah menyatakan akan meletakkan calon daripada parti komponen tersebut. Dalam pada itu, Abdul Aziz juga berkata, PRK Dun Kajang kali ini akan melibatkan 39,278 pengundi yang berdaftar.
"Jumlah pengundi itu ikut daftar pemilih induk pada 2012 bagi pilihan raya berkenaan dan digabungkan mengikut suku pertama, kedua dan ketiga 2012 yang dikemaskinikan sehingga 26 Januari, iaitu sehari sebelum peletakan jawatan tersebut," katanya. Selain itu, beliau juga berkata, SPR akan memperuntukkan sebanyak RM1.6 juta pada PRK Dun Kajang dan melibatkan 673 orang petugas di 18 pusat pengundian.

Langgan:
Catatan (Atom)