Sumber
: Sinar Harian PETALING JAYA - Pengarah Strategi PKR,
Rafizi Ramli mengingatkan calon bebas, Datuk Zaid Ibrahim supaya mencermin diri
sebelum menghentam parti itu tidak mempunyai integriti. Menurutnya, integriti bukan melibatkan
laungan sahaja, ia adalah bagaimana ia dipraktis.
"Sebelum
dia cabar orang lain tentang integriti, baik Zaid cermin diri dia dahulu,"
katanya pada sidang media, di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini. Semalam ini, media melaporkan Zaid menggesa
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima cabarannya berdebat bagi
membolehkan agenda PR di Selangor, dinilai oleh rakyat.
Dalam
pada itu, Rafizi turut mendedahkan sikap Zaid apabila menjadi ahli PKR. Rafizi mendakwa, Zaid telah meminta
bantuannya untuk menyalurkan beberapa projek kepada individu yang mempunyai
kaitan dengan dirinya.
"Zaid semasa dalam PKR dia telah menghantar emel kepada saya dan didatangi sendiri Zaid, ketika yang ketika itu sebagai Ketua Eksekutif Penasihat Ekonomi Selangor. Pada 25 Jun 2010, dia minta saya campur tangan dalam dua projek yang diusahakan rakan atau pihak berkaitan dengan beliau”
"Projek pertama melibatkan tanah seluas 26 ekar di Batu atau Selayang. Saya dimaklumkan bahawa rakan atau rakan kongsi beliau telah membuat cadangan pembangunan bersama Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB), Sikap Zaid juga tidak ada bezanya dengan BN". Tambahnya lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan