Khamis, 28 Mac 2013
Ayuh ke Putrajaya bersama PR.. Jangan halang!!
Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang bakal menerajui Putrajaya tidaklah sebodoh yang diwar-warkan oleh pemimpin BN. Mereka sudahpun membuktikan keupayaan dan kejayaan mentadbir Selangor, Penang Kelantan dan Kedah. Keburukan dan kecurangan yang ditunjukkan pemimpin BN telah banyak mengajar mereka. Bodoh sangatlah mereka andainya mereka mahu mengulangi tabiat buruk pemimpin BN yang menjadi kebencian rakyat selama ini.
Bukan senang nak dapat mandat ! maka kalau mandat sudah diberi tentu sekali mereka mahu menunjukkan yang baik dan terbaik. Meneruskan perangai buruk orang lama (UmnoBn) sudah tentu merugikan. Justeru, dakwaan pemimpin UmnoBn negara ini akan bangkrap jika PR menang PRU 13 dan mentadbir Putrajaya memang tak masuk akal. Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam baru-baru ini juga ada meluahkan pendapatnya bahawa Malaysia tidak akan bangkrap di bawah PR. Rakyat Malaysia yang sudah cukup matang,, sudah tentu ramai yang sangat bersetuju dengan Tun Musa Hitam. .
Kita rujuk keempat-empat negeri di bawah PR terutama Selangor dan Pulau Pinang,… Setiap tahun kerajaan negeri itu mendapat keuntungan walaupun berbelanja besar dalam melaksanakan program-program membantu rakyat. Keuntungan itu jauh lebih besar jika dibanding semasa negeri itu ditadbir oleh BN. Rasanya tak perlulah pemimpin UmnoBn menakutkan-nakutkan rakyat, dengan mengatakan negara akan huru-hara,, negara akan muflis dan sebagainya jika PR mentadbir Putrajaya. .
Kepada para pemimpin UmnoBn !! Hentikanlah pembohongan ! buang budaya gertak ! Jangan mengugut rakyat lagi. Kepada rakyat Malaysia,, sedarlah bahawa kita selama sudah di perbodoh dan ditakut-takut oleh pemimpin UmnoBn. Kalau selama ini kita dah buat silap kerana memilih BN,, kali ini mari kita berubah! Tak perlu merasa takut dan gentar ! Kita tak buat salah apa-apa! Kita(rakyat) tak curi khazanah negara, kita tidak merompak duit rakyat, tak curi saham dan tak curi lembu ! Orang yang banyak buat salah lah biasanya dihimpit ketakutan! seperti yang dialami pemimpin Umno sekarang ni. Mereka takut hilang kuasa, takut hilang hidup glamour,, takut hasil rompakan akan dirampas dan sebagainya.. Paling ditakuti ialah Tirai Besi yang sentiasa menunggu ! - rahimothman
Rabu, 27 Mac 2013
Kenapa Mamak Kutty ini takut Anwar jadi PM?
HA!, HA! PATUT
LE! SEJAK MULA DIA PENCEN PADA
2003 HINGGALAH SEKARANG MANTAN PM INI TAK HABIS–HABIS MENYERANG DS ANWAR. KALAUPUN
DIA MENGANGGAP ANWAR ITU BERSALAH, ANWAR TELAHPUN DI HUKUM PERJARA SECARA
TERINIAYA... NAMUN SETELAH
ANWAR BEBAS DARI PENJARA ANWAR TERUS DIHIMPIT, DISERANG DAN DIKUTUK TANPA
HENTI. . KENAPA YE?
SEBENAR RAKYAT DAH LAMA TAHU YANG MAMAK KUTTY INI TERAMAT
TAKUT MASUK PENJARA. PENJARA BAGINYA,
HANYA UNTUK ORANG-ORANG BAIK DAN JUJUR SEPERTI ANWAR !!.. HABIS, KENAPA MAHATHIR TAKUT KALAU ANWAR JADI
PM? SEBAB DIA YAKIN DAN PERCAYA,, KALAU
ORANG BAIK SEPERTI ANWAR BOLEH MASUK PENJARA ,
APATAH LAGI PENGKHIANAT DAN PENDUSTA SEPERTINYA !!
- rahimothman
Sepatutnya Tun nasihat diri sendiri !
“Bermusuh
dalam politik jangan sampai membunuh”, kata Tun Mahathir kepada
pemberita pada Forum Perdana 'Membina Peradaban Bangsa Melayu
Berteraskan Tamadun Islam' di bangunan Parlimen kelmarin. Apa yang Tun
cakap tak sama dengan apa yang Tun buat. Ini pula nasihat teman pada Tun dan kaum
kerabat - Merompak harta rakyat jangan sampai licin,, tinggalkan sikit ! Kenapa teman kata begitu? Sebab ini adalah hakikat dan kenyataan. Sudah
lebih 50 tahun pemimpin Umno begitu lahap dan rakus merompak khazanah negara.
Itu bab
merompak. Kita berbalik kepada nasihat
Mahathir – “Bermusuh dalam politik jangan sampai membunuh”
Che Det jangan lupa,,, dalam
mana-mana kes bunuh, tak kira berkaitan dengan politik atau tidak,, pembunuhan
tetap boleh berlaku dengan dua alasan !
Pertama membunuh dengan niat,, kedua, membunuh tanpa niat. Tun dan
rakan-rakan sendiri pernah melakukannya dengan salah satu dari dua alasan itu.
Sedap
dan mudahnya Tun bercakap – “Bermusuh
dalam politik jangan sampai membunuh”
Satu dunia tahu, Tun Mahathir adalah seorang manusia yang
tak pernah mahu mengaku salah. Istilah “
memohon minta” tiada dalam kamus hidupnya.
Dalam bab memohon maaf ini,, al kisah maka adalah seorang hamba
Allah meminta maaf pada Tun kerana kononnya pernah berniat mahu membunuh Tun
satu ketika dulu. Dalam senyum Tun pun berkata,, bila-bila masa beliau bersedia
memaafkan. Tetapi Tun sendiri,,
pernahkan meminta maaf kepada individu lain yang pernah Tun khianati?
Seperti dalam kes fitnah Anwar? Pemecatan Tun Salleh Abas dan lain-lain? Kes pembunuhan beramai-ramai di kampong
Memali pula bagaimana? Bukankah kes itu ada hubungkait dengan politik,
dimana mangsa yang terkorban adalah penyokong PAS ? Jadi amat tidak kena kalau Tun berkata -
bermusuh dalam politik, jangan sampai membunuh sedangkan Tun atau orang-rang Tun
sendiri pernah melakukannya! Hingga hari
ini keluarga mangsa pembunuhan masih mengharapkan pembelaan,,tetapi ibarat menunggu
buah yang tak gugur ! Pernahkah Tun meminta maaf kepada keluarga mangsa?
Satu lagi Tun,, “bermusuh dalam politik, jangan sampai membunuh” seperti yang Tun kata. Dalam kes mata lebam Anwar ! Bukankah tindakan membelasah Anwar dalam penjara hingga menyebabkan matanya lebam itu boleh membawa risiko kematian (pembunuhan) ! Siapa yang mengarah agar Anwar dibelasah? Bukankah Tun adalah orang paling berkuasa ketika itu!. Kesimpulannya : Nasihat Tun,“Bermusuh dalam politik jangan sampai membunuh” hanya sedap diucap, ibarat menanam tebu di bibir mulut …lembut gigi dari lidah,,, cakap tak serupa bikin, Begitulah lazimnya Umno dengan hipokrit…. Macam isi dengan kuku ! - rahimothman
Langgan:
Catatan (Atom)


