Rabu, 27 Mac 2013

Sepatutnya Tun nasihat diri sendiri !


“Bermusuh dalam politik jangan sampai membunuh”, kata Tun Mahathir kepada pemberita pada Forum Perdana  'Membina Peradaban Bangsa Melayu Berteraskan Tamadun Islam' di bangunan Parlimen kelmarin. Apa yang Tun cakap tak sama dengan apa yang Tun buat.  Ini pula nasihat teman pada Tun dan kaum kerabat -  Merompak harta rakyat  jangan sampai licin,, tinggalkan sikit !   Kenapa teman kata begitu?  Sebab ini adalah hakikat dan kenyataan. Sudah lebih 50 tahun pemimpin Umno begitu lahap dan rakus merompak khazanah negara. 

Itu bab merompak.  Kita berbalik kepada nasihat Mahathir – “Bermusuh dalam politik jangan sampai  membunuh”  Che Det  jangan lupa,,, dalam mana-mana kes bunuh, tak kira berkaitan dengan politik atau tidak,, pembunuhan tetap boleh berlaku dengan dua alasan !  Pertama membunuh dengan niat,, kedua, membunuh tanpa niat. Tun dan rakan-rakan sendiri pernah melakukannya dengan salah satu dari dua alasan itu.

Sedap dan mudahnya Tun bercakap – “Bermusuh dalam politik jangan sampai membunuh”
Satu dunia tahu, Tun Mahathir adalah seorang manusia yang tak pernah mahu mengaku salah.  Istilah “ memohon minta” tiada dalam kamus hidupnya.  Dalam bab memohon maaf ini,, al kisah maka adalah seorang hamba Allah meminta maaf pada Tun kerana kononnya pernah berniat mahu membunuh Tun satu ketika dulu. Dalam senyum Tun pun berkata,, bila-bila masa beliau bersedia memaafkan.  Tetapi Tun sendiri,, pernahkan  meminta maaf  kepada individu lain yang pernah Tun khianati? Seperti dalam kes fitnah Anwar? Pemecatan Tun Salleh Abas dan lain-lain?  Kes pembunuhan beramai-ramai di kampong Memali pula bagaimana?    Bukankah kes itu ada hubungkait dengan politik, dimana mangsa yang terkorban adalah penyokong PAS ?  Jadi amat tidak kena kalau Tun berkata - bermusuh dalam politik, jangan sampai membunuh sedangkan Tun atau orang-rang Tun sendiri pernah melakukannya!  Hingga hari ini keluarga mangsa pembunuhan masih mengharapkan pembelaan,,tetapi ibarat menunggu buah yang tak gugur ! Pernahkah Tun meminta maaf kepada keluarga mangsa?  

Satu lagi Tun,, “bermusuh dalam politik, jangan sampai membunuh”  seperti yang Tun kata.  Dalam kes mata lebam Anwar !  Bukankah tindakan membelasah Anwar dalam penjara hingga menyebabkan matanya lebam itu boleh membawa risiko kematian (pembunuhan) !  Siapa yang mengarah agar Anwar dibelasah?  Bukankah Tun adalah orang paling berkuasa ketika itu!.   Kesimpulannya :  Nasihat Tun,“Bermusuh dalam politik jangan sampai membunuh”  hanya sedap diucap,  ibarat menanam tebu di bibir mulut …lembut gigi dari lidah,,,  cakap tak serupa bikin,  Begitulah lazimnya Umno dengan hipokrit…. Macam isi dengan kuku !    -  rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan