Tun sudah keluar dari peti besi ? atau Tun sudah membuka kunci peti
besi yang memenjara minda@pemikiran orang Melayu selama ini? Betul
kata Tun Musa Hitam bekas Timbalan Perdana Menteri bahawa ekonomi negara tidak
akan bankrap andainya Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya selepas PRU 13
nanti. Menurutnya lagi Negara tidak akan
muflis sekiranya Pakatan mengamalkan
dasar ekonomi yang dijanjikan dalam “Buku Jingga”. Musa
membuat kenyataan ini selepas menghadiri Bicara Minda ‘Survival Ekonomi Melayu’
di Kompleks Karangkraf semalam.
Ha, ha ! dengar tu wahai rakyat Johor dan seluruh rakyat Malaysia. Tun Musa Hitam sudah membuka kunci peti besi yang membelenggu minda@pemikiran orang Melayu Umno selama ini ! Syabas Tun ! kerana berani menyatakan yang benar. Itu maknanya Tun seorang yang berilmu dan tidak terkongkong di bawah fahaman jumud Umno. Sebagaimana cerah dan telusnya Tun berfikir, rakyat juga begitu. Takkan lah pembangkang begitu bodoh mahu membiarkan ekonomi negara muflis seperti yang dicanang oleh pemimpin UmnoBn.
Rakyat pun boleh berfikir, kalau dalam masa 4 tahun, negeri
Selangor, Pulau Pinang. Kelantan dan Kedah boleh ditadbir dengan baik oleh
PR, malah lebih berjaya dari
negeri-negeri ditadbir oleh BN, maka apa peliknya kejayaan boleh dicapai diperingkat
pusat., asalkan perangai buruk pemimpin BN tidak terus diamalkan. Ayuh semua rakyat Malaysia,, kita sama-sama
membuat perubahan,, mari kita turunkan BN,, dan naikkan PR. Lihat dulu untuk tempoh satu atau dua penggal.
Kalau pemimpin Pakatan Rakyat bersikap ikhlas dan telus, tidak rasuah dan tidak
membazir, rakyat tidak terbeban dan Negara berjaya dimajukan, maka kekalkanlah
kerajaan PR. Kalau sebaliknya,,rakyat
boleh tukar semula kepada BN,, itu pun
kalau pemimpin BN benar-benar sudah berubah,, menjadi pemimpin yang berintegriti dan memahami
maksud apa itu “BERSIH” - rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan