Jumaat, 29 Mac 2013
Niat bunuh Mahathir : realiti atau sandiwara?
Individu bernama Zainon Ismail ini mendakwa pernah menjadi ahli Pas seumur hidup. Itu dulu,, sekarang ini mungkin sebagai ahli Umno seumur hidup kut!?,,, tidak mustahil kalau beliau sudah menjadi orang kuat Umno. Paling tidak sebagai pencacai atau penyokong tegar parti cap keris telanjang itu.
Menurutnya, Amanat Haji Hadi lah yang menjadi punca beliau memasang niat hendak membunuh Tun Dr Mahathir hampir 30 tahun lalu. Isy, isy, isy !! kalau diri beliau sebagai orang bawah sudah ada niat nak bunuh Mahathir, agaknya Haji Hadi tentu lebih dari niat. Tetapi syukur ! Mahathir masih hidup,, masih sihat ! Haji Hadi, bahkan mana-mana pemimpin PAS pun tidaklah seburuk yang didakwa oleh musuh-musuhnya, terutama Umno.
Kelmarin isu nak bunuh Mahathir ini dipanaskan semula apabila Zainon Ismail mewar-warkan mahu berjumpa Tun Mahathir untuk meminta maaf diatas keterlanjuran niatnya itu. Kah, kah ! kah !! Kenapa tiba-tiba saja isu lapok ini disebut kembali? Kenapa setelah hampir 30 tahun baru sekarang nak minta maaf dengan Mahathir? Jawapannya semua orang sudah faham! ! Dalam keghairahan menunggu saat-saat PRU 13 yang semakin dekat ini sudah tentu pencacai-pencacai Umno tak lepas peluang ! Mereka akan bertindak dan bercakap yang baik-baik tentang Umno dan pemimpin Umno,, Puji dan ampu sudah menjadi lumrah. Apabila lukah sudah dipasang dipergentingan,,tunggu sajalah! Kalau bernasib baik adalah habuan menunggu. Kalau tak dapat banyak, dapat tempias pun jadilah! - rahimothman
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan