Isu Lahad Datu : Mudahnya negara diceroboh,, ada rahsia?
Satu
pertanyaan :
Takkanlah jiran masuk kedalam kelambu kita pun kita tak sedar ! atau kita sengaja membiarkan mereka
berkeliaran dirumah kita? Seluruh rakyat
Malaysia pastinya tak mahu terus ditipu atau diperbodohkan ! Kerajaan BN janganlah memberi banyak
alasan!,, sudah terbukti, orang asing
khasnya dari Filipina seolah-olah telah dipelawa, kemudian diberi kad
pengenalan@kerakyatan untuk layak mengundi dan membantu kemenangan UmnoBn dalam
pilihanraya,, ini sudah pun diketahui umum.
Sebelum mengulas isu pencerobohan Lahad Datu,
kita imbau sedikit isu “Al Maunah” yang kononnya kumpulan tersebut nak
menentang Yang Dipertuan Agong pada suatu ketika dulu. Kes ini ada kepelikan dan ada
kelucuannya,, dimana senjata yang memenuhi satu Pajero dengan begitu mudah boleh dilarikan dari sebuah kem tentera. Untuk
menunjukkan kes ini nampak “real” maka adalah dua nyawa yang terkorban atau
dikorbankan. Dan yang lebih melucukan, pihak kerajaan beriya-iya melakunkan semula
bagaimana ratusan senjata api itu boleh dimuatkan dalam sebuah Pajero sebelum
dilarikan. Akhirnya orang ramai tetap beranggapan kes itu seperti sebuah wayang kulit atau permainan silap mata.
Kali ini berlaku pula kes pencerobohan di Lahad
Datu. Secara jujurnya sekali lagi rakyat tertanya-tanya. Kenapa dengan begitu
mudah sempadan Negara di Lahad Datu dicerobohi?
Bukankah Negara kita mempunyai sistem pertahanan yang lengkap? Kita ada tentera udara, tentera darat dan laut
! Kita ada polis marin, maritim,
kastam, imegresyen dan sebagainya. Kita
juga kononnya ada alat pengesan penceroboh asing tak kira dari udara mahupun
dari laut. Apa peranan yang dimainkan
oleh kapal selam “scorepene” yang dibeli oleh Najib dengan harga yang amat
mahal itu? Adakah “scorepene” itu hanya
tidur saja dipermukaan laut / tak boleh menyelam? Lagi satu,, sepatutnya pasukan tentera yang
dihantar untuk berperang dengan penceroboh dari kesultanan Sulu itu, tetapi kenapa pula pasukan polis yang dihantar. Aklhirnya kesan dari ketidakan kecekapan
mereka, ramai yang terkorban.
Nampaknya Najib dan kerajaannya telah gagal
bertindak dengan efisyen dan efektif dalam menangani pencerobohan di Lahad Datu
ini. Orang luar sudahpun masuk
menceroboh, tetapi Najib masih terkial-kial, bertindak pula dengan lembut dan lembab !! macam mencari-cari sesuatu atau sengaja
menyembunyikan sesuatu. Lapan orang
pegawai keselamatan kita terkorban di halaman sendiri dan kita tak tahu berapa banyak lagi nyawa yang
akan hilang selepas ini? Kesimpulannya, ternyata kerajaan BN pimpinan
Najib hari ini bukan saja tidak cerdik, bahkan amat bengap dan amat lemah. Wahai Najib, Zahid dan Hishamuddin !
Kalau dah tak mampu laksanakan tanggungjawab eloklah kalian meletak
jawatan,, jangan memberi berbagai alasan. Jangan jadikan kes ini untuk
menangguh-nangguhkan PRU. Rakyat sudah jemu diperbodohkan - rahimothman
Cuba tanya Kerajaan dan Polis, siapakah orang "tertentu" yang cuba ingin mereka jumpa setiba mereka Lahad Datu??? Penceroboh enggan meninggalkan Lahad Datu sehingga mereka telah berjumpa dengan orang "Tertentu" ini. Namun perkara ini tidak menjadi dan "Orang Tertentu" yang diminta oleh penceroboh untuk berjumpa tu dirahsiakan namanya oleh polis? Siapakah orang tersebut??? Kenapa nama orang "Tertentu" itu dilindungi oleh Kerajaan daripada didedahkan kepada umum???? Fikir2kan.....
BalasPadam