Isnin, 25 Mac 2013

Kumpulan “ajaran sesat” mahu ganggu hari mengundi?


Seperti yang diumumkan oleh Pengerusi SPR(Suruhanjaya Pilhan Raya), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof  kelmarin bahawa SPR telah mengesan adanya “kumpulan ajaran sesat” yang mahu membuat kacau dalam PRU 13 nanti. Pelik bin ajaib! Yang belum berlaku kalian dapat kesan,  yang sudah dan sedang berlaku, kalian tak mahu ambil tindakan atau setelkan !    Wow,  hebatnya orang SPR!,  , begitu cepat sekali mereka mengesan ada kumpulan “ajaran sesat” tersebut.   
Tahniah lah diatas kecekapan kalian.  Tetapi malangnya kenapa kewujudan “pengundi hantu” yang sudah lama bertapak di SPR,  kalian pejamkan mata ! Kewujudan tangan-tangan-tangan ghaib di SPR dan JPN dalam dalam memalsu dan mengubah senarai daftar pengundi kalian buat-buat tak tahu. Tabiat double ini sebijik dengan tabiat Umno!  Maklumlah,  kemana tumpahnya kuah kalau tidak kenasi - rahimothman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan