Isnin, 4 Mac 2013

Abang adik tolong menolong “you help me, i help you”



Ahli perniagaan Deepak Jaikishan dalam sidang medianya baru-baru ini telah menamakan  Datuk Nazim Razak adik kepada  perdana menteri sebagai individu yang didakwanya bertanggungjawab membayar penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk menandatangani akuan berkanun (SD) kedua.
Kalau benar dakwaan Deepak,  perbuatan Datuk Nizam ini memang tidak wajar kerana ia seolah-olah  mahu menghalau saudara Bala dari Bumi Malaysia. Beliau beranggapan dengan cara ini abangnya Najib dapat diselamatkan dari tuduhan terlibat dengan pembunuhan Altantuya.  Rupa-rupanya tidak !, Orang yang disuruh lari keluar Negara tiba-tiba muncul,, balik semula ke Malaysia  untuk menceritakan kebenaran. …

Slogan Najib “you help me I help you” atau abang tolong adik, adik tolong abang nampaknya tak menjadi. Silap-silap haribulan Najib akan terjebak juga nanti. Tetapi apakah mungkin atau tidak mungkin akan timbul pula “akuan bersumpah 3” selepas ini?  Kalau dulu wang satu karung menjadi habuan, bagaimana pula kalau kali ini wang setinggi busut jantan diletakkan didepan mata Bala?  Tentu tidak mustahil !, dengan bayaran yang jauh lebih besar apa-apa pun boleh berlaku !   Kita tunggu dan lihat selepas ini !  -  rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan