Jumaat, 15 Mac 2013

Muhyiddin takut kempunan tak dapat jadi PM !


“PAKATAN PEMBANGKANG AKAN MENIMBULKAN HURU-HARA PADA HARI MENGUNDI DAN MEREKA AKAN MENUDUH SURUHANJAYA  PILIHAN RAYA (SPR) TIDAK BERSIH”.               Demikian kata TPM Tan Sri Muhyiddin Yasin di Majlis Perletakan Batu Asas Kilang Baru Perodua di Hulu Selangor  semalam . Terang dan jelas kenyataan Muhyiddin ini merupakan datu ugutan dan hasutan. Apabila UmnoBn sudah diramalkan akan kalah teruk, maka jalan terakhir ialah cetuskan huru-hara. Ini yang Umno nak buat andainya mereka kalah,,  takkan kita lupa peristiwa 13 Mei ’69 !

Kerana terlalu takutnya Muhyiddin dengan bayang-bayang kekalahan, lalu di mana-mana saja beliau berada,  beliau akan menjerit untuk menghilangkan ketakutan. Kalimah “Pakatan Rakyat akan membuat huru-hara” akan dilaungkannya keseluruh Negara untuk didengar oleh rakyat, dengan harapan rakyat akan takut,, lalu memberi sokongan semula Umno dan kerajaan. Kah, kah, !  kah !! kesiannn !  Umno masih guna senjata berkarat yang dah boleh pakai !  Tektik lapok dan basi yang rakyat sudah cukup loya dengannya!

Sebenarnya Muhyiddin menuduh pembangkang akan buat kacau,  hanya helah belaka. Ia satu muslihat yang sangat mudah dibaca oleh sesiapa pun. Puak-puak mereka sebenarnya yang ada niat begitu rupa!   Muhyiddin dan pemimpin-pemimpin kanan Umno tak perlu susah-susah,, mereka petik jari dan keluar sedikit modal maka adalah gurka dan samseng upahan mereka yang sudi membuat kacau.   Ini lah satu tektik kotor dan  jahat yang bukan asing bagi Umno. Mereka sebenarnya amat takut kehilangan kuasa!   Muhyiddin terutamanya !  teringin sangat nak jadi PM.,, tapi nampaknya dia akan kempunan,, mungkin hajat tak sampai !  -   rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan