Kerajaan UmnoBn memang sebuah kerajaan yang mengizinkan
aktiviti perjudian dan penjualan arak berleluasa di Negara ini. Arak dan judi adalah amalan syaitan, maka
kerajaan UmnoBn dan pemimpin-pemimpin nya yang membenarkan amalan tersebut
adalah merupakan tentera-tentera syaitan.
Kalau kita imbau sejarah sebelum 1998, ketika itu memang
kita tidak punya pilihan,, sampaikan tunggul kayu dijadikan calun pun Bn boleh
menang,,tetapi sekarang ini banyak yang telah berubah. Dan kita sememangnya ada
pilihan, justeru buatlah pilihan terbaik!
Menyokong amalan syaitan atau menyokong kerajaan yang bersekongkol
membenarkan amalan yang dilarang oleh Allah itu
adalah berdosa. Apabila sudah
berdosa maka neraka lah jawabnya !
Demikian serba sedikit suntingan dari kata-kata Ustaz Azhar Idrus dalam
satu ceramah.
Duhai bangsaku yang beragama Islam, orang-orang Melayu khasnya. . Insaf
dan sedarlah bahawa kerajaan UmnoBn bukan saja tidak mengamalkan hukum Islam
sepenuhnya, malahan telah mengkhianati bangsanya sendiri. Nak tahu betapa
banyaknya pengkhianatan-pengkhianatan yang mereka dah buat, jangan cari dalam media milik UmnoBn
(kerajaan),, takkan jumpa. Carilah melalui sumber yang lain seperti
akhbar-akhbar alternatif, internet dan
sebagainya
Kepada seluruh rakyat Malaysia yang budiman lagi
perihatin !! Kalian kalau tak sokong PR/Pakatan
Rakyat tak mengapa,, kerana tidak dikira sebagai berdosa,, tetapi ia tetap satu
kerugian. Tetapi sanggupkah kalian
menanggung dosa semata kerana masih menyokong dan mengundi Bn? Justeru sebagai tanda protes terhadap kecurangan
dan kemungkaran pemerintah, jangan sokong dan undi Bn lagi - rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan