Selasa, 19 Mac 2013

Awas, si Tolol nak buat jelajah merdeka ! perbodohkan Melayu !



Ini dia hero-hero Melayu  yang cuba mencari populariti setelah dibuang atau keluar dari parti.  Kerja mereka mengugut dan memutar belitkan fakta.  Khabarnya mereka yang mengetuai NGO PERKASA, JATI, TIBAI dan JMM nak adakan siri jelajah keseluruh Negara bertujuan untuk meyakinkan orang ramai bahawa ‘Anwar adalah punca atau Dalang pencerobohan Lahad Datu.

Dengan berbuat demikian mereka berharap orang awam akan  menolak Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) 13 nanti !    Kesiannn.. sudahlah pemimpin Umno ramai yang dungu, pemimpin serpihan mereka dalam NGO  juga bengong  dan bengap tahap lembu. 

Anwar Dalang peristiwa Lahad Datu?   Eh, eh !!  Orang lain yang makan nangka orang lain pula yang kena getahnya?  Ha, ha !  ini le kerja kalian, sejak dulu kini dan selamanya ! mengampu tak henti-henti,  membela pemimpin tak kena tempat!  Ada telinga kalian pekakkan , ada mata kalian butakan. Takkan tak kenal Aziz Samsudin dan arwah Megat Junit? Apa lagi Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty yang berasal dari selatan India tu? 

Kalian jangan buat-buat tak tahu !  Mahathir pun sudah  membuat pengakuan,, yang projek memberi IC mudah kepada pendatang asing di Sabah  adalah kerja mereka ! Maknanya keturunan Sulu telah lama bersarang di Sabah. Apa ke jadahnya  Anwar yang sedang beriya-iya hendak mewujudkan sebuah Negara berdaulat dilibatkan dgn pencerobohan yang tidak di undang itu?  Hoi, kalian semua!!  Dasar langit terbuka dan kecanggihan dunia siber hari ini banyak menyedar dan mencelikkan mata dan minda rakyat. Orang asli yang tinggal dihutan pun belum tentu kalian boleh tipu dan perbodohkan !  -   rahimothman                           

Tiada ulasan:

Catat Ulasan