Ahad, 10 Mac 2013

Jasa besar Dr M kpd Negara,,, kata mamat pengampu ini


Dekat-dekat nak PRU 13 ini ramai ahli politik menggunakan berbagai tektik dan strategi untuk mencari dan mendapat peluang menjadi calun pilihanraya. Buat masa ini Mahathir masih berkuku, walaupun sudah tidak bertaring,  maka dengan sebab itulah insan munafik yang bernama Zul Kulim (Zulkifli Nordin) bekas Ahli Parlimen Pakatan Rakyat terus mencuba,, mengampu dan terus mengampu. 

"Saya akui kesilapan saya, dan mahu memohon maaf kepada ayahanda Tun (Dr Mahathir) atas tindakan saya dahulu yang pernah memaki hamun Tun.  Dahulu saya tidak nampak kebijaksanaan Tun. Saya bersama-sama (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) maki Tun. Saya mengkritik langkah Tun memecat Anwar, walaupun saya tahu itu adalah jasa terbesar Tun kepada negara (memecat Anwar)," demikian kata Zulkifli Nordin (Zul Kulim)  Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu  dalam satu Majlis di Pasir Mas Kelantan.  Dr Mahathir yang turut hadir di majlis itu  dilihat tersenyum dan mengangguk ketika Zulkifli berkata   demikian.   .                                                                                                                                                                                                                                                                                                    
Memecat  DS Anwar adalah jasa besar Mahathir kepada Negara ?  Kah, kah, kah !!  apa punya gila le si mamat ni. Dia sudah tidak tahu membezakan  antara dosa dan jasa, kepalsuan dan kebenaran. Dia sudah tidak kenal ciri-ciri pemimpin yang disayangi dan pemimpin yang dibenci. Baginya,  dosa dan pahala, kepalsuan dan kebenaran itu boleh berjalan serentak dan seiring sebagaimana yang diamalkan oleh Mahathir selama ini.
Duhai Zul Kulim yang tidak bijak tapi bodoh sombong!  Buatlah ampuan sekuat mana pun Nak guna jek keretapi, jek kapal terbang,, terserah. Rakyat tetap boleh menilai antara intan dengan kaca, antara keikhlasan dan kepalsuan. Kalau kamu teringin sangat nak join dunia nyanyuk Mahathir silakan ! Mahathir pun bijak(loyar buruk) bercakap pasal Islam, 2x5 dengan kamu !   
Sedarlah wahai Zul Kulim dan suku-sakat Umno!   Dunia dah nak runtuh,, Umno baru tajaan Mahathir dan kini diwarisi Najib dah kian pasti nak lingkup.  Sepatutnya kalian semua berfikir nak jadi apa selepas ini!  Nak jadi pembangkang? (belum pasti layak) ,  atau nak jadi penyamun tak berlesen!  - rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan