Khamis, 28 Mac 2013

Ayuh ke Putrajaya bersama PR.. Jangan halang!!


Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang bakal menerajui Putrajaya tidaklah sebodoh yang diwar-warkan oleh pemimpin BN.  Mereka sudahpun membuktikan keupayaan dan kejayaan mentadbir  Selangor, Penang Kelantan dan Kedah. Keburukan dan kecurangan yang ditunjukkan pemimpin BN telah banyak mengajar mereka. Bodoh sangatlah mereka andainya mereka mahu mengulangi tabiat buruk pemimpin BN yang menjadi kebencian rakyat selama ini.  

Bukan senang nak dapat mandat !  maka kalau mandat sudah diberi tentu sekali mereka mahu menunjukkan yang baik dan terbaik. Meneruskan perangai buruk orang lama (UmnoBn) sudah tentu merugikan. Justeru, dakwaan pemimpin UmnoBn negara ini akan bangkrap jika PR menang PRU 13 dan mentadbir Putrajaya memang tak masuk akal. Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam baru-baru ini juga ada meluahkan pendapatnya bahawa Malaysia tidak akan bangkrap di bawah PR. Rakyat Malaysia yang sudah cukup matang,, sudah tentu ramai yang sangat bersetuju dengan Tun Musa Hitam. .
Kita rujuk keempat-empat negeri di bawah PR terutama Selangor dan Pulau Pinang,… Setiap tahun kerajaan negeri itu mendapat keuntungan walaupun berbelanja besar dalam melaksanakan program-program membantu rakyat. Keuntungan itu jauh lebih besar jika dibanding semasa negeri itu ditadbir oleh BN.  Rasanya tak perlulah pemimpin UmnoBn menakutkan-nakutkan rakyat, dengan mengatakan negara akan huru-hara,, negara akan muflis dan sebagainya jika PR  mentadbir Putrajaya. .

Kepada para pemimpin UmnoBn !!  Hentikanlah pembohongan ! buang budaya gertak !  Jangan mengugut rakyat lagi.  Kepada rakyat Malaysia,, sedarlah bahawa kita selama sudah di perbodoh dan ditakut-takut oleh pemimpin UmnoBn.  Kalau selama ini kita dah buat silap kerana memilih BN,, kali ini mari kita berubah!   Tak perlu merasa takut dan gentar !    Kita tak buat salah apa-apa!  Kita(rakyat) tak curi khazanah negara, kita tidak merompak duit rakyat, tak curi saham  dan tak curi lembu !  Orang yang banyak buat salah lah biasanya dihimpit ketakutan!  seperti yang dialami pemimpin Umno sekarang ni.  Mereka takut hilang kuasa, takut hilang hidup glamour,, takut hasil rompakan akan dirampas dan sebagainya.. Paling ditakuti ialah Tirai Besi yang sentiasa menunggu !  -  rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan