Khamis, 14 Mac 2013

Anjing menyalak depan ibu pejabat PKR !!


Tian Chua dan DS Anwar tak buat apa-apa kesalahan pun, jauh sekali melanggar undang Negara tetapi kedua-duanya  dimaki dan dikutuk berapi-api oleh barua-barua upahan Umno. (lihat gambar)  Mereka menyerang ibu pejabat PKR di Petaling Jaya dengan makian, carutan dan balingan okjek. Beberapa bendera PKR turut dibakar. Lagak dan jeritan suara mereka seolah-olah mahu meruntuhkan pejabat PKR,,,,  kesian,, sebijik macam anjing menyalak bukit. Akhirnya mereka berlalu pergi.  Jumlah mereka tak seramai mana pun,, boleh dibilang dengan jari,, dalam 50-60 orang saja.
Begitulah gelagat gurka-gurka upahan Umno yang tak berakal ini,, Nampak sangat mereka ini bebal dan buta hati. Nak cari kesalahan Tian Chua dan Anwar dari sudut undang-undang mereka tak tahu,, nak buat repot polis mereka tak berani,, akhirnya menyalak macam anjing.   Mereka turut mendakwa PKR adalah parti bangsat dan pengkhianat !  PKR kononnya telah menggunakan kuasa asing untuk berkuasa. Marah sangat dengan PKR lalu mereka membakar beberapa bendera popular berwarna merah, putih dan biru muda itu. Maka dengan perbuatan mereka yang membakar,   membaling objek, memaki hamun dan mencarut itu, rakyat tentu boleh berfikir, manusia jenis apa mereka ini.

Alangkah malu dan janggalnya perbuatan mereka kerana di kepala ada lilitan kain merah bertulis berkalimah Allah dan Muhammad tetapi tindak-tanduk mereka tidak mengambarkan mereka berjiwa Islam. Barangkali mereka sendiri pun tak faham  makna kalimah yang dipakai di kepala.  Jelas sekali mereka ini adalah gurka-gurka upahan Umno yang bebal dan buta hati. Perbuatan mereka betul-betul macam anjing menyalak bukit.  Akhirnya setelah penat menyalak mereka pun berlalu pergi,,, kesiannnnn mereka !!   Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada  beberapa kerat kaki tangan pejabat PKR  yang setia dan tidak melatah dalam melayan perangai buruk barua-barua gila Umno itu. -  rahimothman
 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan