Kutuk bangsa sendiri lebih baik daripada membiarkan UMNO terus merompak khazanah Negara !
“Dalam proses mencapai kemajuan, orang Melayu hendaklah menghentikan perbuatan mengutuk bangsa sendiri dan agama Islam. Orang Melayu perlu bangkit menyatakan yang salah tetap salah”. Demikian kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim pada majlis perasmian program Komuniti 1Malaysia dan perasmian surau di Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu di sini semalam.Hey ! Pak Rais! Sudah lebih 50 tahun Melayu dari suku Umno tipu orang Melayu,, cukuplah tu! Jangan cuba nak tipu orang Melayu lagi. Orang Melayu sekarang dah cerdik! Kamu jangan tak sedar,, Melayu jenis Pak Kaduk, Pak Pandir atau Lebai Malang dah tak ada lagi.
“Dalam proses mencapai kemajuan, orang Melayu hendaklah menghentikan perbuatan mengutuk bangsa sendiri dan agama Islam.” kata Rais,,,, tetapi apa salahnya kalau Melayu Umno dikutuk oleh orang Melayu? Kerana sudah terbukti mereka sanggup menipu Melayu, memperdaya dan mengkhianat bangsa sendiri? Orang Melayu masih jauh tertinggal dibelakang bukan Melayu. Berapa kerat orang Melayu menjadi bangsa terkaya di Malaysia? (10 terkaya masih bukan Melayu) Dan lebih malang, sudah berapa banyak khazanah Negara dirompak oleh Melayu Umno? Justeru, tidak salah dan tidak berdosa kalau Melayu dari suku Umno ini dikutuk oleh Melayu.-
“Mengutuk agama Islam”. Selama ini Melayu tak pernah kutuk agama Islam, melainkan Melayu Umno dan rakan sekutu mereka dalam MCA. Takkan Rais lupa kut? Pemimpin Umno bersama-sama pemimpin MCA pernah beberapa kali mempersendakan hukum-hakam Islam. Itulah,, tak pernah nak cermin diri.
“Yang salah tetap salah” Tidakkah kamu sedar duhai Rais ! Orang Melayu sekarang ini telah lama menegur kerakusan dan kebobrokan Umno. Mereka dalam PAS dan Keadilan sedang menegur dan akan terus menegur salahlaku pemimpin Melayu Umno? Yang jadi masalah ialah pemimpin Umno tak pernah mahu mengaku mereka pernah berdosa kepada bangsa dan agama mereka sendiri. - rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan