Rabu, 13 Mac 2013

Kenapa bapa Saiful sertai PKR dan sokong Anwar ???



Apa tujuan sebenar bapa Saiful (Azlan Lazim) mendedah dan membuat pengakuan bahawa kes Liwat 2 Anwar adalah fitnah dan mendakwa anaknya Saiful telah diperalatkan oleh pemimpin Umno@Najib. Khabarnya beliau juga telah meminta maaf kepada Anwar dan keluarganya. Berita terbaru pula mengatakan beliau sudah pun mengisi borang dan menjadi ahli parti PKR.  Tak apa lah!  semua orang ada hak untuk menjadi ahli mana-mana parti.

Tetapi ada banyak persoalan bermain di kepala kita,…Apa telah berlaku ke atas encik Azlan bapa Saiful dan Saiful?  Kenapa kedua-duanya mengambil pendirian yang berlainan? Saiful kekal dengan dakwaan liwat yang tak pernah berlaku,,  manakala bapanya membuat keputusan untuk menyesal  dan insaf.di atas perbuatan beliau bersekongkol dengan Saiful  memfitnah DS Anwar.

Antara soalan yang kuat menerjah dikepala kita ialah,,, kenapa baru sekarang bapa Saiful nak buat pendedahan dan pengakuan tatkala orang ramai tidak mengharapkan  apa-apa pun dari beliau atau anaknya.  Kes ini pun dah sejuk dan Anwar dah menang pun. Kalau encik Azlan Lazim benar-benar sudah insaf dan mahu menyokong Pakatan Rakyat dengan penuh kesetiaan dan ikhlas silakan!  Jangan ada udang disebalik me !  .

Pemimpin PKR kenalah sentiasa berhati-hati, apabila sang buaya tiba-tiba mengaku sudah tidak suka membaham manusia ,  atau si tikus mintak nak jadi kucing,,, tentu ada sebab. Namun walau apapun mari lah kita bersangka baik disamping berdoa. agar Allah memberi petunjuk kepada orang-orang yang sesat atau dalam kegelapan.-  rahimothman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan