Isnin, 25 November 2013
Ahad, 24 November 2013
Matlamat menghalalkan cara
K-Pop Beri Pulangan
RM140 Juta - Kata Shabery
Cheek bekas menteri Belia dan Sukan. Haha ! berbangganya dia. Beginilah sikap kebanyakan
pemimpin UMNO,, Mereka mengejar glamour dan keseronokan. Mereka pentingkan gah dan keuntungan duniawi semata-mata, tanpa
mengambil kira syariat Islam. Bagi
mereka matlamat menghalalkan cara !
Mereka langsung tak rasa bersalah, malah berbangga kerana dapat menghimpunkan para belia untuk berhibur
bersama kumpulan k-pop yang berpakaian separuh bogel itu. Soal dosa tolak tepi
dulu, yang penting untung RM140 juta.. Bagi teman biarlah tak dapat untung
RM140 juta asalkan tak rugi diakhirat !
: rahimothman
Padam segera cerita dongeng Umno, BN
Sumber
: Sinar Harian SHAH ALAM - Kepimpinan Pas perlu berusaha gigih
memadamkan mitos dogeng di kalangan orang Melayu luar bandar bahawa Umno, BN
sahaja boleh memerintah negara ini, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang.
Pas ujar Abdul Hadi memerlukan strategi khusus bagi memastikan masyarakat Melayu luar bandar tidak terkeliru antara parti politik dan kerajaan.
Pas ujar Abdul Hadi memerlukan strategi khusus bagi memastikan masyarakat Melayu luar bandar tidak terkeliru antara parti politik dan kerajaan.
"Perkara
ini terjadi (salah anggap mengenai kerajaan dan parti politik) berpunca
daripada sikap kebergantungan kepada pemerintah, pegangan agama yang rapuh,
tahap pendidikan dan ekonomi yang lemah, dan maklumat tidak sampai.
"Oleh
itu, Pas perlu satu kerangka yang khusus bagi memastikan mitos Umno dan BN
sahaja boleh perintah negara dapat dipadamkan dan mengigatkan orang Melayu
bahawa 'istilah tersebut' hanya merupakan satu proganda Umno BN sahaja,"
katanya dalam Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas kali ke-59 di
Stadium Melawati, hari ini. Bagi
tujuan itu juga ujar Abdul Hadi, Pas perlu memahami dan mendalami psikologi
politik masyarakat Melayu luar bandar dan pengundi atas pagar.
"Dengan memahami psikologi politik pengundi Melayu ini, maka tindakan dan gerak kerja yang lebih tepat akan dirangka dan dilaksana ke arah menarik mereka sebagai pengundi Pas bahkan sehingga bersedia menjadi ahli Pas. Oleh itu, satu perancangan komprehensif dan tepat perlu dilakukan Pas bagi mengubah psikologi politik orang Melayu ini," katanya.
"Dengan memahami psikologi politik pengundi Melayu ini, maka tindakan dan gerak kerja yang lebih tepat akan dirangka dan dilaksana ke arah menarik mereka sebagai pengundi Pas bahkan sehingga bersedia menjadi ahli Pas. Oleh itu, satu perancangan komprehensif dan tepat perlu dilakukan Pas bagi mengubah psikologi politik orang Melayu ini," katanya.
Sabtu, 23 November 2013
Jumaat, 22 November 2013
Ulamak : bukan satu kemestian
Calun Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu dan Nik Amar Nik Abdulah adalah dua
individu berbangsa Melayu, yang mengamalkan budaya makan nasi dengan tangan dan
penggemar belacan, tempoyak budu atau belacan atau salah satu dari nya. Dan yang lebih penting mereka bertuhankan
Allah yang maha esa. Sebagai seorang
muslim, sudah tentu mereka berpegang,
beriman dan beramal dengan rukun Islam
dan rukun Iman.
Justeru
dalam Muktamar PAS ke 59 yang akan diadakan esok (Sabtu) ahli@perwakilan nak
pilih siapa? Tak payah nak pening kepala !.. Pilihlah yang terbaik, yang
berpengalaman, yang ada ketokohan dan
sebaik-baiknya kemampuannya sudah
terbukti. Soal individu itu seorang ulamak atau bukan ulamak letak nombor dua
kerana untuk menjadi pemimpin tidak semestinya seorang ulamak. Tebal pegangan
dan pengkhayatannya terhadap Islam sudah memadai. Seperkara lagi,, disisi Allah kedua-duanya sama. Yang
membezakan hanyalah iman dan taqwa. - rahimothman
Langgan:
Catatan (Atom)


.bmp)

