Calun Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu dan Nik Amar Nik Abdulah adalah dua
individu berbangsa Melayu, yang mengamalkan budaya makan nasi dengan tangan dan
penggemar belacan, tempoyak budu atau belacan atau salah satu dari nya. Dan yang lebih penting mereka bertuhankan
Allah yang maha esa. Sebagai seorang
muslim, sudah tentu mereka berpegang,
beriman dan beramal dengan rukun Islam
dan rukun Iman.
Justeru
dalam Muktamar PAS ke 59 yang akan diadakan esok (Sabtu) ahli@perwakilan nak
pilih siapa? Tak payah nak pening kepala !.. Pilihlah yang terbaik, yang
berpengalaman, yang ada ketokohan dan
sebaik-baiknya kemampuannya sudah
terbukti. Soal individu itu seorang ulamak atau bukan ulamak letak nombor dua
kerana untuk menjadi pemimpin tidak semestinya seorang ulamak. Tebal pegangan
dan pengkhayatannya terhadap Islam sudah memadai. Seperkara lagi,, disisi Allah kedua-duanya sama. Yang
membezakan hanyalah iman dan taqwa. - rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan