Isnin, 11 November 2013

Penjenayah terus bermaharajalela

Dalam masa kerajaan sentiasa memberi mengaku bahawa tahap keselamatan di Malaysia dijamin selamat dan terkawal hakikatnya jenayah terus-terusan berlaku. Satu demi satu pegawai kanan kerajaan mati ditembak termasuk juga orang awam. Terbaru di Pahang, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang mati ditembak di hadapan rumah sendiri. Dua hari sebelum itu di Bangsar seorang bayi berusia 20 bulan telah diculik,  juga berlaku di hadapan rumah.

Berdasarkan rekod kejadian jenayah yang tak putus-putus ini rasanya amat tidak wajar Malaysia di kategorikan sebagai sebuah Negara selamat. Terbukti sudah bahawa pemberian kad pengenalan secara mudah kepada pendatang asing termasuk berleluasanya kewujudan kad pengenalan palsu telah membawa bencana yang cukup besar di Negara ini. Sedikit sebanyak inilah kesan atau hasil tangan mantan Perdana Menteri Tun Madey -  rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan