Selasa, 19 November 2013

Bercelarunya kerajaan Malaysia !


Penggunaan kalimah Allah kepada orang bukan Islam ditentang habis-habisan sebelum ini oleh kerajaan UMNOBN. Mereka menjadikan isu ini semata-mata untuk menentang DAP dan Pakatan Rakyat sekali gus menagih sokongan orang Melayu.
Namun kerajaan memalingkan muka dan bertindak menutup mata apabila jemaah menteri sendiri yang memutuskan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di Sabah dan Sarawak dalam Bible mereka.

Di parlimen kelmarin Menteri di Jabatan Perdana Menteri,, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengesahkan dan  memutuskan untuk membenarkan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak menggunakan kalimah Allah.  Sudah tentu ini bercanggah dengan kenyataan  Mufti Johor, Datuk Noh Gadut pula pernah menyatakan sesiapa yang menyokong penggunaan kalimah Allah boleh jatuh murtad.  Kerajaan 47% nampak semakin sasau. - rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan