Wajarkah ulamak tuduh ulamak?
Teman pun tak faham kenapa
seorang yang dianggap ulamak atau agamawan begitu mudah menuduh agamawan yang lain sebagai sesat sebagaimana
yang dilakukan Mufti Kedah. Memang sesiapa pun boleh terguris hati apabila dituduh
sebegitu rupa. Inilah yang berlaku
terhadap Uztaz Asri @Dr Asri.
Masyarakat khasnya pengikut setia Dr Asri sedang tertunggu-tunggu
apakah Mufti tersebut sanggup menyahut cabaran bersumpah Dr Asri disamping
menunjukkan bukti yang tuduhannya itu benar?
Namun reaksi awal jelas menunjukkan Mufti itu seolah-olah takut bersemuka dengan Dr.Asri setelah beliau
membuat tuduhan?
Benarkah Dr Asri itu sesat kerana
fahaman Wahabi seperti yang didakwanya dalam ceramahnya di Youtube? Kalaulah Dr Asri dianggap sesat kenapa pihak
kerajaan tidak menahannya? Takkan lah Jawatakuasa Fatwa pun mahu membiarkan Dr Asri terus menyesatkan orang lain? - rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan