Ahad, 10 November 2013

Apa buruknya ulamak + bukan ulamak?


Ada pihak-pihak tertentu dalam PAS beranggapan kepimpinan tertinggi dalam PAS perlu dipegang oleh tokoh ulamak. Benarklah pendapat ini?... masih boleh dipertikai atau diperdebatkan. Adalah tidak wajar mengatakan Mat Sabu tidak layak menjadi pemimpin tertinggi PAS semata-mata kerana beliau bukan seorang ulamak, sedang disisi Allah yang membezakan seseorang individu itu ialah iman dan taqwa,, bukannya ketokohan agama atau bukan ulamaknya sesorang itu. 

Pengaruh, populariti, kebolehan dan daya kepimpinan memang ada pada diri Mat Sabu  penyandang Timbalan Presiden PAS sekarang,  namun apakah seorang tokoh baru berlatar belakangkan ulamak perlu menggantikan tempatnya?  Bukankah sebelum ini PAS pernah mencubanya dengan melantik Ustaz Nasarudin Mat Isa selaku Timbalan Presiden tetapi akhirnya PAS menolak dan menyingkirkannya? 

Seperkara lagi,  apakah gandingan presiden (Haji Hadi) dengan Timbalan Presiden (Mat Sabu) hari ini sudah tidak  tidak sesuai lagi?. Apakah gandingan seorang ulamak dengan bukan ulamak yang selama ini banyak membawa kebaikan dan kemenangan dalam parti PAS sudah dianggap tidak perlu lagi?  Alangkah malangnya kalau pengaruh dan ketokohan Mat Sabu dipersia atau diketepikan.  Tidak siapa dapat menafikan bahawa PAS sekarang sudah jauh lebih baik dari dulu,  justeru mereka janganlah mudah sangat menjadi lupa diri  -  rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan