Ahad, 24 November 2013

Padam segera cerita dongeng Umno, BN

Sumber : Sinar Harian         SHAH ALAM -   Kepimpinan Pas perlu berusaha gigih memadamkan mitos dogeng di kalangan orang Melayu luar bandar bahawa Umno, BN sahaja boleh memerintah negara ini, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pas ujar Abdul Hadi memerlukan strategi khusus bagi memastikan masyarakat Melayu luar bandar tidak terkeliru antara parti politik dan kerajaan.

"Perkara ini terjadi (salah anggap mengenai kerajaan dan parti politik) berpunca daripada sikap kebergantungan kepada pemerintah, pegangan agama yang rapuh, tahap pendidikan dan ekonomi yang lemah, dan maklumat tidak sampai.

"Oleh itu, Pas perlu satu kerangka yang khusus bagi memastikan mitos Umno dan BN sahaja boleh perintah negara dapat dipadamkan dan mengigatkan orang Melayu bahawa 'istilah tersebut' hanya merupakan satu proganda Umno BN sahaja," katanya dalam Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas kali ke-59 di Stadium Melawati, hari ini.    Bagi tujuan itu juga ujar Abdul Hadi, Pas perlu memahami dan mendalami psikologi politik masyarakat Melayu luar bandar dan pengundi atas pagar.

"Dengan memahami psikologi politik pengundi Melayu ini, maka tindakan dan gerak kerja yang lebih tepat akan dirangka dan dilaksana ke arah menarik mereka sebagai pengundi Pas bahkan sehingga bersedia menjadi ahli Pas.    Oleh itu, satu perancangan komprehensif dan tepat perlu dilakukan Pas  bagi mengubah psikologi politik orang Melayu ini," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan